Thursday, July 1, 2010

Sesuatu yang mesti dimiliki




Kita nak macam-macam dalam hidup ini.Tengok orang naik basikal, kita nak basikal. Tu masa kecik-kecik, dah besar sikit tengok kawan naik Honda cup,kita pun nak. Dapat tumpang pun jadi, tersengih- sengih.

Nak periksa SPM, semua baru kalut nak pulun,membayangkan apa akan jadi pada 5-10 tahun akan datang. Fikir-fikir nak kerja apa, polis ka, majistret ka, loyar ka, ahli muzik kah?.Aku dah lebih 5 tahun abis SPM, oh begini rupanya aku...syukur atas nikmatNya, dan segala keburukan adalah dari diri aku sendiri.


Sesuatu yang paling kita mesti miliki untuk menolong dalam urusan dunia akhirat sebenarnya adalah seperti hadis Rasulullah S.A.W yang membawa maksud, “Hati yang bersyukur, lidah yang selalu berzikir, dan isteri yang solehah, yang menolong engkau dalam urusan dunia dan agamamu, adalah sebaik-baik perbendaharaan manusia.”


1) Hati yang bersyukur.
Hati yang merasa syukur penting kerana dengannya kita merasa redha dengan pemberian Allah dan jugak menimbulkan rasa cinta kepadaNya. Kena ada perasaan qanaah (terpada) supaya nikmat yang sikit pun kita rasa cukup dan timbul perasaan syukur. Percayalah, perasaan bersyukur membuatkan hati kita lapang.


2) Lidah yang berzikir
Bermaksud perlu banyak berzikir pada Allah. Dalam Al-Qur`an pun ada menyebut, `ingatlah dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.` Zikir juga dapat menjadi benteng daripada gangguan makhluk jahat, sama ada manusia, jin atau binatang.


3) Isteri yang solehah
Termasuk dalam kunci kebahagiaan seseorang, samaada kat dunia mahupun akhirat. Isteri yang solehah menjaga harta dan anak-anak dirumah, termasuk menjaga dirinya ketika jauh dari suami.
Isteri yang solehah pastinya akan banyak membantu suami untuk kebahagiaan di akhirat.



*kuaq tajuk sikit*
Tapi ilmu jugak.


Ni tips kalau nanti- nanti berhadapan dengan tekanan di tempat kerja. Yang besnya mudah-mudah belaka. Baca doa mintak hilang tekanan dulu mula-mula. Then, pilih la yang mana senang :

1) Cuci muka= muka jadi sejuk= bibir menguntum senyum.
2) Baca cerita-cerita lawak. Search la kat mana-mana. Bila ketawa, hati riang.
3) Pi café, kantin, beli jajan..bagi perut kenyang, hati riang lagi.
4) Jalan–jalan kejap, bagi longgar urat, amik nafas sedalam-dalam yang boleh dicapai manusia. Kalau anda slumber, lagi bes kalau senam-senam sikit.

OK, wassalam.=)

No comments:

Post a Comment