Sunday, May 30, 2010

sabo jela?



Didalam hidup kita seharian..ada persamaan inginan. Di celah-celah hiruk pikuk kehidupan,kecelaruan sering menghinggapi diri..alpa pula selalu melekat dihati.

Sedang dalam diri kita, selalu kita dambakan keredhaan Ilahi..

Di dalam Al-Quran ada menyebut, maksud yang lebih kurang berbunyi, apakah mereka menyangka diri mereka sudah beriman,sedangkan Allah belum menguji mereka..
Maka beruntunglah mereka yang mempunyai sifat sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T.

Sungguh sabar itu pahit pada mulanya, tapi marilah kita tanamkan sama-sama dalam diri kita bahawa balasan Allah untuk kesabaran itu manis tiada terhingga, tak terucap dek kata-kata.

Orang yang beriman kepada Allah serta istiqamah dalam kehidupannya, maka dia terhindar dari kekhuatiran dan tidak bersedih hati. Indah sungguh la kalau dapat jadi orang yang macam ni.


Sabar perlu kita letak dalam banyak aspek dalam hidup kita..seperti sabar dalam godaan yang menghalang untuk membuat ibadah, sabar tatkala menerima musibah , dan sabar pabila datang godaan untuk membuat kemungkaran..


Dan dalam perkara yang kita harus dipercepatkan pula, terdapat dalam tiga macam perkara iaitu :-

1) Ketika tiba waktu solat, maka kita harus segera melaksanakannya.

2) Ketika ada kematian,maka harus diselesaikan dan dikebumikan secepat mungkin.

3) Ketika hendak bertaubat dari dosa, maka janganlah ditunda.

Bicara soal taubat, Shafwan bin Assaal Al- Muradi r.a berkata: Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Di sebelah barat ada pintu gerbang besar yang dibuat oleh Allah untuk pintu taubat, lebarnya kira-kira 40 tahun perjalanan dengan kenderaan laju, tetap terbuka dan tidak tertutup sehingga matahari terbit dari barat.

Subhanallah..

Wednesday, May 26, 2010

bung dan zizie izette(hehe letak jela tajuk nie)

contengan mengisi masa lapang...

ada la dua tiga malam lepas,aku tertarik dengaq sorang ustaz ni berceramah.Cerita tentang abang Bung tu.
Respek kat ustaz ni sebab aku boleh agak dia parti sebelah mana,tp dalam bab agama,dia tak berkompromi. Memang aku pon nak bersetuju dengan dia, yala abg bung tu kawin, pun kena penjara sebulan,yela aku tau dia tak mintak izin wife 1st,tp x adil bila difikirkan orang-orang yang berzina,berkhalwat, hanya dihukum denda membayar duit,seribu, dua ribu...hmm..

ustaz tu berpesan dalam subtopik yang seterusnya,kita jangan kutuk fizikal orang lain.haram. Aku kagum kat dia lagi,dia berpesan kepada penceramah-penceramah politik, supaya jangan kutuk-kutuk fizikal orang,mentang-mentang duk atas ceramah, cakap pun menghambuq ja sana sini.
Allah tidak memandang rupa kita, dan baru aku tahu,insan mulia bernama Luqmanul Hakim adalah seorang kulit hitam.

Beliau bukan seorang nabi atau rasul,tapi pesanan beliau Allah angkat letak di dalam Al-Qur`an..

Monday, May 24, 2010

harimau...buaya...tikus...madu......

Adalah seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi....aauuummmmm!!!!!.... bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya.

Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir cam ner nak selamat tetiba dengar bunyi kocakkan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...Ya Allah.....lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi. naik ke atas ikut tali yg hamba allah tu bergayut. sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....camner ni.

Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis,lagi satu . Macam aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba ... terdengar satu bunyi....uuuuuuuuuuuuu...Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si Hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata,

"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedapmadu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.


.....Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.


.....Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

.....2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

.....Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

.....Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali.

.....Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.

Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.

Sentiasalah kita mengingati Allah di saat apa sekali pun.....Ketahuilah bahawa Allah sgt sygkan hambaNya yg selalu mengingatiNya..

Semoga kita semua diberkati dan diredhai Allah selalu..amin ya rabbal a'amin...

Friday, May 21, 2010

Perlu ke?

Dalam subjek perdagangan,secara asasnya kita diajar tentang keperluan dan kehendak.
Contoh paling senang adalah seperti berikut:

Kaum lelaki gemar menoton bolasepak.Itu adalah keperluan kaum lelaki, kehendak mereka pula adalah menonton bolasepak sambil dihidang cikedis mahupun roti canai apatah lagi.he he

World cup pun dah semakin hampir..menontonnya adalah keperluan bagi aku, dan berjudi untuknya adalah kehendak bagi penjudi. Sesuai dengan keadaan semasa, nampaknya para penggemar judi sedang senyum sampai menyampah kalau kita tengok.Straight to the point,orang Islam yang meluluskan judi itu memang ngok.


Habis bicara soal dunia, ayuh ke perkampungan akhirat. Renung sejenak…disana nanti kita sangat menginginkan keperluan-keperluan amal kita tertentu untuk membantu kita.
Salah satunya, Abu Umamah r.a berkata, Nabi Muhammad S.AW bersabda, belajarlah kamu Al-Qur`an maka kelak di hari kiamat akan datang pada ahlinya,ketika sangat orang itu berkehendak kepadanya, lalu Al-Qur`an datang dalam bentuk seindah-indahnya, lalu bertanya:

Kenalkah kau kepadaku?

Orang itu menjawab: siapakah engkau?

Ia membalas: akulah yang kamu cinta dan kamu sanjung , bahkan kamu telah bangun malam untukkku, dan biasa membacaku pada siang hari.

Lalu orang itu dapat berkata: Kemungkinan kau Al-Qur`an.

Kemudian Al-Qur`an menuntun ahlinya itu mengadap Allah,dan Allah memberi ganjaran yang amat besar. Diceritakan disini bahawa Allah mengurniakan kerajaan yang kekal kepada pencinta Al-Qur`an, sedang di pasang mahkota kepada pencinta Al-Qur`an itu. Ditambah pula kedua ibu bapanya juga mendapat manfaat di mana akan dikurniakan perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walaupun berlipat ganda. Subhanallah…


Ketahuilah bahawa disana nanti kita amat memerlukan dan mengkehendaki amalan kita dapat membantu kita berhadapan dengan saat-saat getir…

Sunday, May 16, 2010

prinsip perakaunan versus prinsip kehidupan



mari kita mulakan dengan prinsip akaun. Perihal tentang keuntungan, secara mudahnya, keuntungan akan kita dapati sekiranya hasil jualan melebihi kos. tak kira lah apa-apa jenis kos.sekian terima kasih.:)


apa kena mengena pulak dengan prinsip kehidupan? ..

disini ,hanya aku ingin bicarakan soal keuntungan lagi.

Pada diri seorang hamba Allah,keuntungan terdapat dalam 3 perkara iaitu, HIDUP, MATI DAN AKHIRAT.

1) Keuntungan seorang manusia pada waktu hidupnya adalah apabila dia taat dan ikhlas bertaqwa kepada Allah..

2) Keuntungan seorang manusia pada waktu matinya adalah apabila dia mati dalam kalimah LA `ILAHAILLALLAH..

3) Keuntungan seorang manusia pada hari akhiratnya adalah apabila apabila dia dibangkitkan,dia mendapat berita gembira bahawa syurga menanti baginya....



Wallahu`alam...

Tuesday, May 11, 2010

HARUM SUBUR DI HATI..



Hari berganti hari, macam-macam perkara kita lalui, iman harus dikuatkan di hati, solat tetap didiri..

5 hari sekali kita lakukan, terkadang terfikir ini cuma tanggungjawab yang dibebankan, lalu nikmat ibadat makin hilang..

Yang pasti, ibadat kepada Allah harus ikhlas,tanpa mengharap balas, kerana sudah jelas, Allah pasti memandang hati-hati yang bertaqwa dengan pandangan yang belas.Dan kasih sayang.Hati kita pun tenang .Kan senang? Bukan 5 kali sehari disuruh berenang.


Marilah kita sama-sama berusaha untuk merasa manisnya ibadah solat..


Perihal 5 waktu yang kita solat…

Subuh
Dua rakaat yang dikerjakan oleh Rasullullah SAW dan umatnya diwaktu pagi, Allah ampunkan bagi mereka semua yang terjadi pada malam dan siang harinya, dan mereka berada di bawah lindunganNya.

Zohor
Empat rakaat yang dikerjakan, Allah berikan dengan rakaat yang pertama pengampunan, rakaat kedua diberatkan timbangan kebaikan . Rakaat ketiga,Allah kerahkan malaikat bertasbih dan berightifar untuk mereka, dan rakaat terakhir,Allah bukakan pintu pintu langit sehinggakan para bidadari dapat mengintai mereka.

Asar
Pada empat rakaat yang dikerjakan, segala malaikat dilangit dan di bumi meminta ampun untuk mereka, dan sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat tidak akan Allah seksa.

Maghrib
Tiga rakaat yang dikerjakan umat Muhammad SAW ketika terbenamnya matahari, Allah bukakan pintu langit,dan tiada meminta sesuatu hajat melainkan Allah akan beri padanya.

Isyak
Empat rakaat yang dikerjakan,bagi mereka lebih baik dari dunia dan seisinya dan terlepas dari dosa-dosa mereka bagaikan baru lahir dari perut ibu mereka.


Marilah kita sama-sama berusaha untuk merasa manisnya ibadah solat..

Tuesday, May 4, 2010

english session(ignore grammatical mistake) :)



wake up in the morning...dont ignore doa for given wake up again by Allah...a few hour before,we was `death`..

Then, ..see our face at the mirror...really eager to see that comot face with expired saliva around in the morning, dont ignore doa when u see the mirror..(forgive me Allah...im always forget bout this...)
Go to the bathroom…smiling2 to get the shower..fuuhh,sure very fresh and make our body shake. We ignore some of us only have a bath by telaga..or by river…we??hmm. don’t say telaga, some of us maybe ask how it looks.huh.

I remember when one of my friend which live in the big big city, as me, how do sawah look? Adui…yes he had seen that on tv or picture, but he did not ever see that by himself, in front of him.
That’s some example, how Allah give many advantages for us, compare to other that had been tested by Him with many unfavorable condition...back to bath story..not only we have shower, bath tub(err..not me),yet many shower cream, goat milk soap, etc…

Please don’t forget to praise Allah..

Finish having bath, eye start to rolling finding which dress will suit us today. Naik juling. So happy thinking that other will praise us because how handsome or pretty are us today. This moment, we ignore there some of us not thinking what kind of dress to pick, but they are thinking how many times they should sewing that same dress…=(

Please don’t forget to praise Allah..

Then, we go to work or class. Honda,Toyota,Proton,Perodua...Modenas,Honda Ex5..just pick. Push the minyak, sampai. Pull the throttle, settle.

There one day, im very touching when I saw one father carrying his daughter by bicycle to send her for school. :`(

They way he move the pedal means a lot for his daughter. In his mind, `daughter, please be a good person when you are grow up later`.

Please don’t forget to praise Allah..


Alhamdulillah on what we got now..

Usah mengira kekurangan, kerana kurnia yang Allah beri sesungguhnya tak terhitung.( maaf berbahasa ibunda) hehe.

Saturday, May 1, 2010

Selepas azan apa anda buat????

>Baca doa selepas azan? Bagus2..
>Sambung sembang? Hmmm….
>Buat xtau ja? Hmmm….

• Aku terbaca dalam Buku SOAL JAWAB REMEH-TEMEH TENTANG SOLAT TAPI ANDA MALU BERTANYA (1)..Dalam buku ni..byk ilmu leh dapat tentang basic2 pasal solat dan tajuk2 sewaktu dgnnya . Ada gak selit2 pasal cerita2 teladan mcm Unta takut azab tinggalkan solat…Bez…amat Bez..Apa yg dah tau leh kita remind balik..Apa yg kita xtau,kita leh tau..ayat2 pun sempoi.

• Bukan aku terbaca buku tu..tapi mmg membaca..hihihi..

• Dalam byk2 bab aku nk sentuh bab doa lepas azan..selama ni lepas azan aku tadah tgn then baca..makna xtau..tau pun lps tgk kt TV 1 time maqrib bila lpas azan..depa tunjuk skali maksud doa tu..2 pun skrg ingat2 lupa makna dia..kdg2 aku lupa baca terus doa 2..ralit dengn dunia (astaqa)…rugi tol aku xbaca..rupanya ada kebihan doa yg diajar oleh Rasulullah s.a.w tu..

Sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: Sesiapa yang berkata apabila mendengar seruan azan: Ya Allah Tuhan seruan ini yang sempurna dan solat yang didirikan! Berilah kepada Nabi Muhammad al-wasilah dan fadilat. Bangkitkanlah dia dalam maqam yang terpuji yg telah Engkau janjikan,maka halallah baginya syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari)

Al-wasilah lam buku ni tulis…Ialah kedudukan di dalam syurga yg dikhususkan kepada hamba Allah..Dengan doa ini macam kita memohon agar Allah mengurniakan pangkat yg lebih tinggi kepada Nabi Muhammad s.a.w..

• Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir,penulis buku ni tulis syafaat bukan benda kecik…Hari kiamat nanti semua org akn susah..Antara perkara yg boleh mmbantu seseorg adalah syafaat Nabi s.a.w..So marilah kita cari syafaat baginda s.a.w..

Yg dah selalu amal,teruskan baca..Yg kadang2 baca,jgn la bg kadang2,jarang2 ka..Cubalah wat amalan..So doa jgn xdoa =) Peringatan utk diri aku dan anda semua…