Thursday, September 29, 2011

ayat-ayat cinta bercerita....

sedap tak aku nyanyi lagu rossa tersebut. tu belum aku masukkan sengau-sengau penyanyi seberang. contengan yang sesaja aku buat sebab baru nak membaca buku bercinta sampai ke syurga tulisan pemblog terkenal saiful islam. Buku tu dah popular sampai masuk drama dah, aku baru nak baca.

Baca part yang penulis cerita pasal Fahri tu bes. Sebab mengingatkan aku bahawa kalau baik macam Fahri pun , tetap dugaan akan datang sebab ada ayat al-Quran menyebut “Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2).

Orang yang digambarkan gila dalam filem tu dengan kacaknya berkata , 'Allah sedang berbicara denganmu tentang sabarrr....ikhlasss...'.Aku pulak baru perasan maksudnya lepas baca buku ni. Sebab kan Fahri baik serba serbi, tapi tetap ditimpa ujian fitnah. So , kita pun kena lah sabarrr....ikhlassss.....

Last, keadaan artis-artis semasa, di sebalik Irma hasmie, raja farah dan diana amir, wujud juga Fida...huhuhu...korang paham-paham je lah.







Wednesday, September 28, 2011

nota petua-petua

Hah banyak petua-petua berguna ni, aku copy paste ja la, untuk simpanan masa hadapan.

Mengelak Ikan Masin Hancur
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.

Ikan Digoreng Tidak Lekat
Untuk memastikan ikan tidak melekat pada kuali ketika digoreng, anda harus pastikan minyak yang digunakan agak banyak dan membolehkan ikan tersebut tenggelam. Selain itu anda juga boleh memasukkan beberepa keping asam keping bersama ikan itu. Terbalikkan ikan bila anda yakin ia telah garing.

Mengelak Minyak Memercik
Petua 1 : Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian baru menggoreng.
Petua 2 : Ketika memanaskan minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika. Keluarkan asam gelugur apabila hendak menggoreng.

Menghalau Semut
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

Memekatkan Sup
Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.

Mengelakkan Lipas
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.

Menghilangkan Bau Peti Sejuk
Petua 1 : Letakkan arang di dalam peti sejuk untuk mengelak peti sejuk daripada berbau.
Petua 2 : Letakkan sedikit esen vanila dalam bekas yang kecil dan simpan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum dan segar.

Hindari Bau Busuk Kulit Udang
Siram kulit udang dengan air panas, barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan dihurung lalat.

Bersihkan Siput Sedut
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihakn siput sedut,ambil sebekas hampas kelapa kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.

Cili Mesin Lebih Tahan Lama
Petua 1 : Masukkan sedikit air asam jawa ke dalam cili kering yang telah dimesin. Kemudian simpankan di dalam bekas yang berpenutup di dalam peti ais. InsyaAllah cili tersebut akan tahan sehingga sebulan dari berkulat.
Petua 2 : Setelah dimesin, cili tersebut hendaklah dipanaskan dengan memasukkan sedikit garam halus. Panaskan sehingga kering airnya. Setelah sejuk, masukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.
Petua 2 : Cili yang telah dikisar hendaklah digoreng terlebih dahulu dengan minyak dan sedikit garam. Setelah sejuk, barulah dimasukkan dalam bekas berpenutup di dalam peti ais.
Petua 3 : Masak cili dengan air dan sedikit garam. Setelah sejuk, bolehlah dikisar hingga hancur.

Petua Mengisar Cili
Masukkan sedikit minyak masak bersama cili kering . Kemudian kisar seperti biasa. Cili kering tersebut akan tahan lama selain menghancurkan biji cili kering dgn lebih cepat.

Hilangkan Bau Nasi Hangit
Nasi yang anda masak berbau hangit? Cuba petua ini. Ambil beberapa biji cili padi. Cucukkan hujungnya ke permukaan nasi tersebut dan tutup. Biarkan seketika sehingga cili padi tadi layu atau kelihatan agak lebam, barulah bau hangit tadi akan hilang. Selepas itu nasi itu bolehlah dimakan.

Nasi Lemak Cepat Masak
Jika ingin nasi lemak cepat masak, masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.

Mengelakkan Periuk/ Kuali Menjadi Hitam
Sapukan minyak masak pada bahagian dalam dan luar periuk dan kuali setiap kali sebelum ia digunakan. InsyaAllah periuk/kuali tidak akan menjadi hitam, terutamanya jika diguna di atas api dapur kayu.

Hilangkan Bau Hamis Daging
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.

Hilangkan Lemak Ayam
Gaul dan perapkan daging ayam dengan tepung gandum selama setengah jam, sebelum anda hendak memasaknya.

Kurangkan Kutu Beras (Bubuk)
Petua 1 : Ambil daun limau nipis dan masukkan ke dalam beras yang disimpan. Selepas itu alaskan selapis lagi dan taruhkan beras diatasnya. Buat beberapa lapis. Hasilnya beras anda tidak lagi diserang bubuk.
Petua 2 : Masukkan beberapa tangkai cili kering dan serai ke dalam bekas beras. Beras tidak akan berkutu sebaliknya berbau wangi.

Harumkan Bawang Tumis
Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis.

Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko
Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan limau nipis selama lebih kurang lima belas minit. Anda akan dapati cawan dan teko itu bebas dari kesan teh dan kopi yang kelihatan berkarat itu.

Mengatasi Nasi Lembik
Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

Telur Tahan Lama
Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi beras pulut. Nescaya telur tahan lama.

Monday, September 12, 2011

edisi kursus perkahwinan

Pada hari minggu yang lalu, mengambil kesempatan masa yang terluang, aku pun pergi mendengar dengan tekun kursus kawen. Bukan aku gatal nak kawen, tapi mengikut undang-undang syariah di M'sia, setiap pasangan yang gatal nak berkahwin perlu mengikuti kursus ini. Aik?

Kursus ini terbahagi kepada banyak bahagian, bahagian-bahagian tersebut adalah seperti berikut. Tapi ni kemungkinan besar aku ada lupa 1,2 bahagian sebab aku secara menembak menulis entry ini.

Akidah
Untuk merefresh kembali tujuan kita hidup di muka bumi ini. Memperbetulkan akidah kita menyembah Allah yang satu. Di relate kan dengan situasi perkahwinan, kata-kata aku tak boleh lupa, haha, ' Mat berkahwin dengan Minah, minah suka sangat memasak hingga dia teruja dengan dapur gas nya, lalu dia pun menyembah tong gas dirumahnya...'......' ok apakah status perkahwinan mereka?



ibadah

Masuk bab ibadah, cerita dimulakan dengan penyucian diri sebelum ibadah. Najis ada tiga jenis ok, jangan lupa tu. Jangan memilukan hati ustaz ustazah yang ajar kita dulu.huhu.
Air mani najis ke tak. jawapannya tak tapi tak sah di buat air wuduk kerana bukan air mutlak. *Soalan ni benar-benar pernah ditanya tapi bukan kat situ.


ni tajuk-tajuk yang lain dan aku akan sambung kalau aku rajin.

tak rajin lebih menonjol ketika ini.
huhu.


akhlak
prosedur perkahwinan
hubungan kelamin
pengurusan masa
komunikasi
kesihatan seksual
perundingcara
pembubaran

Tuesday, September 6, 2011

Assignment UiTM PLK student financial accounting

ASSIGNMENT FINANCIAL ACCOUNTING

DUE DATE : 13 SEPT 2011

FINANCIAL STATEMENT RATIO (ANALYSIS AND INTERPRE TATION)

The following are summarize of the Income statement and Balance Sheet for year ended 31 December 2010 for Mr. Hakim, a retailer.

Income statement for year ended 31 December 2010.

RM

RM

Sales

130,000

Less : Cost of sales

Opening stock

25,000

Add: Purchases

80,000

105,000

Less : Closing stock

25,000

Gross profit

80,000

50,000

Less : Expenses

30,000

Net Profit

20,000

Balance Sheet as at 31 December 2010.

RM

RM

Fixed Assets

10,000

Current Assets

stock

25,000

trade debtors

30,000

balance at bank

15,000

Less : Current Liability

-14,000

56,000

66,000

Finance by :

Capital

46,000

Add : Net Profit

20,000

66,000

Required:

Calculate the following ratio. Explain the result.

a) Gross profit ratio

b) Net Profit ratio

c) Stock turnover ratio

d) Current ratio

e) Acid test ratio

Friday, September 2, 2011

hari raya keempat

Selamat hari raya eidul fitri ....

Tiada entry mengenai raya sebab masih kekenyangan makan ketupat palas, otak dalam mood unstable sebab sering mengantuk.

Tapi aku buat-buat rajin menjelajah bahan bacaan dalam internet.
Best gila fakta ni.huhu


-fakta mengenai Abraham Lincoln dan John F. Kennedy- Kepada sapa yang tak tau, dorang ni bekas presiden US.

Abraham Lincoln dipilih ke Congress pada 1846.
John F. Kennedy dipilih ke Congress pada 1946.

Abraham Lincoln dilantik sebagai presiden pada 1860.
John F. Kennedy dilantik sebagai presiden pada 1960.

Kedua-duanya memperjuangkan hak asasi manusia.
Kedua-dua isteri mereka kehilangan anak ketika tinggal di
White House.

Kedua-duanya ditembak mati pada hari Jumaat.
Kedua-duanya ditembak mati dibahagian kepala.

Ini pula fakta yg pelik:

Nama setiausaha Lincoln ialah KENNEDY.
Nama setiausaha Kennedy ialah LINCOLN.

Kedua-duanya dibunuh oleh orang yg berasal dari selatan Amerika (Southerners).
Kedua-duanya digantikan oleh ‘Southerners’ yg bernama Johnson.

Andrew Johnson, yang menggantikan Lincoln, lahir pada 1808.
Lyndon Johnson, yang menggantikan Kennedy, lahir pada 1908.

John Wilkes Booth, yang membunuh Lincoln , lahir pada 1839.
Lee Harvey Oswald, yang membunuh Kennedy, lahir pada 1939.

Kedua-dua pembunuh dikenali dgn panggilan 3 kata nama mereka.
Kedua-dua pembunuh mempunyai bilangan name sebanyak 15 huruf.

Fakta Kejadian:

Lincoln ditembak disebuah teater yang bernama ‘Ford.’
Kennedy ditembak didalam kereta model ‘ Lincoln ‘ yang buat dari pengeluar kereta ‘Ford.’

Lincoln ditembak didalam teater wayang dan pembunuhnya melarikan diri serta bersembunyi di gudang.
Kennedy ditembak dari arah gudang dan pembunuhnya melarikan diri dan bersembunyi di teater wayang.

Booth dan Oswald telah dibunuh sebelum perbicaraan.

Ini pula fakta lain:

Seminggu sebelum Lincoln dibunuh, dia berada di Monroe, Maryland.
Seminggu sebelum Kennedy dibunuh, dia bersama Marilyn Monroe.

Sumber_google-google mesti jumpak.