Friday, January 28, 2011

MENYUSURI NIKMAT YANG KITA TAK SEDARI

Buku baru yang aku baca , 'nampak biasa tetapi luarbiasa' memang boleh bagi kesedaran kat kita bahawa nikmat yang Allah bagi tapi langsung kita tak anggap sebagai nikmat.

Meh tengok dua contoh mudah. Buku ni pon duk bagi contoh mudah-mudah sahaja. Supaya otak kita ringan berfikir secara santai dah buat kita bersyukur...

1)Suara.

Setiap manusia mempunyai suara yang berlainan...biasa la tu kan?..
tak..fikir sejenak, nikmat sangat tu...cuba kalau Allah bagi semua manusia suara yang sama...misalnya, suara lelaki lembut seperti wanita, ataupun suara wanita garau seperti lelaki...hehe...huru hara jadinya.

Sebagai contoh kalau si isteri tunggu kepulangan suami di rumah..dengar suara suami bagi salam pun dah boleh meneka itu suaminya...tidak perlu keliru dengan suara jiran.hehe.


2) Anggota badan berpasangan dengan yang tidak berpasangan ..


Allah jadikan anggota badan kita dengan sempurna untuk menjalankan pelbagai fungsi.

Ada berpasangan seperti kaki, tangan, mata, telinga, paru-paru dan buah pinggang...
Tapi ada juga anggota yang tiada pasangan..mulut contohnya.
Okey cuba kita fikirkan, kenapa ya..jawapannya mudah.Satu mulut pun manusia lakukan pelbagai dosa menggunakannya...fitnah,caci,herdik, dusta...apatah lagi kalau ada dua mulut...
Allahuakbar.....

Sunday, January 23, 2011

Dua alam?

Kita berada di fasa di mana kita menjalani hidup di alam dunia.

Fasa selepas ini adalah alam kubur. Bersediakah kita??

Meh kita kongsi satu riwayat.

Uthman r.a apabila berdiri diatas kubur beliau berdiri sehingga basah kuyup janngutnya, lalu ditanyakan kepadanya : Engkau bila disebutkan mengenai syurga dan neraka tetapi tidak menangis, namun engkau menangis kerana melihat kubur? Uthman berkata, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda,

“sesungguhnya kubur adalah tempat tinggal manusia di akhirat, sesiapa yang selamat daripadanya, maka seterusnya mudah, dan sesiapa yang tidak selamat daripadanya, maka setelah itu adalah lebih teruk.”

Oleh itu, mari kita pikirkan nasib kita di kubur kelak. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita.

Dan meh kita tengok secara ringkas antara dosa- dosa yang menyebabkan manusia diseksa didalam kubur, yang mana kadang- kadang kita anggap enteng barangkali.

1) Tidak bersuci daripada hadas kecil.
2) Memohon pertolongan daripada orang mati. (memuja mayat).
3) Hutang

Saturday, January 15, 2011

Mencari rezeki di dunia

1) Alhamdulillah...Allah bukakan pintu rezeki buatku. Masuk fasa baru dalam hidup ni, baru mata terbukak luas pandang sekeliling di mana orang ramai bekerja keras mencari rezeki. Dari awal pagi, moto berasak- asak nak masuk ke feri, menandakan semangat nya orang tu nak punch cardnya tak da warna merah. Aku rilek. Aku tak perlu laju-laju kerana aku takut muatan feri penuh dan aku terpaksa berpatah balik untuk beratur dengan perasaan malu.

2)Saja aku menulis untuk menyatakan persamaan dan perbezaan antara kerja dan belajar. Sebenarnya, ia different dengan belajar di universiti, tapi tidaklah totally different.

Napa?

a) Sebab pertama, tempat kerja jugak menuntut kita untuk mempelajari ilmu. Ada bakat jadi lecturer manager aku tu.

b) Kalau- kalau buat salah. Di U, salah kita akan dipotong markah...Tempat kerja, oh, aku belum lalui..hehe..harap-harap tak kena potong gaji.

Bab gaji pulak, ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhati. Harus guna dijalan yang diberkati. Aku suka dengar ayat ni, 'duit yang kita sedekahkan itu yang benar-benar jadi kepunyaan kita, tetapi duit yang ada di tangan kita bukanlah hak milik kita'..Benar kan?


Dan ingatlah lagi selepas kita bersedekah, Allah akan melipatgandakan rezeki kita...itu janjiNya..

Friday, January 7, 2011

Sapa yang akan mula-mula memasuki syurga?

Dari Anas bin Malik r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, “di hari kiamat aku menuju pintu syurga dan meminta penjaganya agar membukakan pintunya, maka bertanyalah penjaga itu ,
: “Siapakah anda yang mengetuk pintu ini? Aku menjawab ‘Muhammad’!. Penjaga menyahut, ‘Atas tuan perintahkan, dan tidaklah hamba membuka bagi yang lain sebelum tuan’.

Salawat dan salam atas junjungan besar Nabi kita….