Monday, April 26, 2010

sob..sob...sob.....(ke mana air mata mu..)

untuk lelaki..jika tidak mahu menangis,jangan perasan macho, itu ego.
untuk wanita..jika kerap menangis...err...itu xpe.


Air mata dapat menyelamatkan kita dari api neraka dengan izinNya..

Sabda Rasulullah S.A.W..

“Ada 2 pasang mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat, salah seorangnya adalah seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

Friday, April 23, 2010

Bismillah bacaan simple penuh barakah







• Apa yg ada di sebalik bacaan ni?
• Di mana barakahnya?
• Sebelum tu mari ambik tau maksud penuhnya iaitu…..

~ “ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” ~

• Dah tau kan maksudnya. Persoalannya...Apa yg istimewanya?
• Adakah ia sekadar memuji sifat Allah s.w.t?
• Kenapa perlu di baca bila nk mula buat sesuatu perbuatan?
• Baiklah. Renungkanlah hadis Rasulullah s.a.w….

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Tiada seorang hamba pun yg mengucapkan bismillah kecuali Allah s.w.t perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia dalam buku amalannya sebanyak 400 kebaikan.” Dalam hadis ini juga ada menyebut,” Sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai bismillah,maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t”

Baca lagi…

Sementara itu, Ibnu Mas’ud berkata, “Sesiapa yg ingin Allah selamatkan daripada 19 malaikat neraka, maka bacalah bismillah 19 kali sehari,”.

Teruskan baca…Ni di selitkan satu kisah femes dulu2…Yang related dengan amalan bismillah….

Al-kisah, ada seorg isteri yg taat beragama unfortunately husband dia seorg yg fasik dan xmau buat kebaikan. Isteri dia selalu baca bismillah bila dia mula wat apa2 tiap2 hari..(bagus betul).. Tapi, tindakan si isteri buatkan si suami kurang senang dan selalu diperolok-olokkan.(ish3). Si suami berkata siap ejek lagi, “ Asyik bismillah,bismillah.Sekejap2 bismillah.” Isteri dia xpenah kata apa2, siap berdoa kat Allah semoga Allah memberi petunjuk kpd suaminya..Suatu hari suaminya berkata, “ Suatu hari nanti aku akn buat kau kecewa dgn bacaan2 mu tu.” (Hmmm…)

Suatu hari si suami bagi duit yg banyak kat isteri dia n berkata” Simpan duit ini.” Isteri dia yg baik ni pun ambik n simpan duit tu kat tempat yg selamat..Perilaku si isteri tlh dilihat suaminya..So suami dia tau tmpat isteri dia simpan duit tu. Then, dgn senyap2 si suami ambik duit tu lalu campak duit tu dalam perigi. Lepas beberapa hari suaminya panggil isterinya dan berkata,” Berikan wang yg kuberikan kepadamu dulu utk disimpan.”

Si isteri pi kat tmpat dia simpan duit tu dulu sambil si suami ikut dari belakang. Dengan berhati2 si isteri buka tempat simpanan dgn mmbaca bismillahirrahmanirrahim…Ketika itu Allah menghantar malaikat Jibril a.s utk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit tu kpd suaminya..Alangkah terkejutnya si suami, lalu terus rasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kpd si isteri..Ketika tu si suami bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah. Si suami juga analkan bacaan bismillah bila nk buat sesuatu.(Alhamdulillah)~The End~

• Hmm…Apa lagi yg ragu2 lagi pasal kalimah bismillah.Senang saja nk ucap. Tak payah nk pi jumpa bomoh.Jampi sana jampi sini.Hembus kiri hembus kanan.Minta pelindung la,perisai la dan segala pe lagi la.Bismillah pun dah salah satu kalimah keramat.

• Mulai sekarang ajak la,kongsi la,nasihat la pada sapa2 yg xtau lagi nikmat+khasiat+berkat bismillah..

• Semoga kita semua di berkati Allah selalu…amin…=)

Thursday, April 22, 2010

baru aku tahu....

Buku jalan menuju syurga firdaus volume kelima memberi banyak manfaat.
Aku catitkan disini beberapa nota penting untuk aku ingat,sampai akhir hayat.
 Nabi bersabda `kepuasan hati ku terpacai apabila solat`. Usahalah sampai merasa manisnya ibadah….

 Aku tidak tahu selama ini bahawa Iftitah didalam solat itu membuka pintu langit.

 Aku baru tahu lagi, membaca doa selepas rukuk itu,tatkala itu para malaikat, lebih dari 30 malaikat berebut2 untuk mencatat kebaikan itu.

 Sabda nabi, alangkah ruginya jika didalam hati seseorang itu tiada kasih sayang…
Maknanya..kena ada kasih sayang sesama Muslim…pada binatang jua tumbuh- tumbuhan.

moh bersolat

Baca artikel pasal solat baru2 ni…katanya celakalah siapa yang solat dan memikirkan hal keduniaan di waktu dia sedang solat……dalam kebanyakan solat,aku masih lalai…gentar aku baca.
Panduan khusyuk…amatlah penting untuk insan2 lemah seperti aku mengamalkannya. Yang aku ingat adalah seperti berikut..

1)Kena fikirkan seolah2 ini adalah solat terakhir dalam hidup aku…
2)Bayangkan Allah begitu hampir dengan aku,seolah2 hampir urat leher aku…
3)Bayangkan lagi syurga disebelah kanan, neraka disebelah kiri dan malaikat maut di belakang aku..
4)Of course…bacaan…baca dengan tertib..sabar..tahu makna2 dalam bacaan…

1st post

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.......
Mari berkongsi ilmu...=)