Monday, March 28, 2011

Apa buatmu dikala senang...

Kita selalu lupa pada Allah..kalau kita mengaku kita selalu ingat, masakan solat kita dilengahkan, kan....
Memang betul bahawa iman malaikat adalah constant...iman manusia pula turun dan naik...kerna tu, kita kena la cari solusi cmna nak selalu meningkat...kena dekatkan diri dengan masjid...dengar ceramah selalu...dekati buku-buku agama...Yela kita pun paham, bila dah kurang iman, macam-macam perkara yang berdosa sering kita buat. Tapi, bila malas menyerang, masuk pulak injection syaitan laknat, hanyut jugak kita..

Okey, meh sama-sama kita tengok langkah-langkah bijak yang wajar kita ambil. Pertama, kita kena ingat selalu pada Allah even di waktu apapun. Lebih-lebih lagi kita ni diwaktu senang, langsung lupa Dia. Kita kena tanam dalam hati kuat-kuat bahawa, bila kita ingat pada Allah diwaktu senang, Allah akan ingat pada kita diwaktu kita susah kelak.

Ada satu kisah ni, pada waktu zaman pemerintahan Abasiyyah dulu, ada seorang khalifah ni yang memerintah dengan melupakan Allah. Orangnya juga tamak.
*(Kisah-kisah dulu macam ni kan best kalau pemerintah sekarang rajin baca).

Di satu ketika, orang-orang ada melihatnya menggali satu lubang. Untuk apa? punyalah tamak dan bakhil dia ni, jawabnya ialah kerana dia takut jatuh miskin. Subhanallah, dia takut jatuh miskin tetapi lupa bahawa Yang Maha kaya adalah Yang dilangit.

Dia takut miskin dan tak sedar bahawa yang memberi rezeki adalah Allah jua...

Lalu apakah yang terjadi pada khalifah ini?

Dengan kekuasaan Allah, dia diturunkan jawatan. Khalifah yang sesudahnya datang untuk menghukumnya. Akan tetapi, khalifah yang jahil itu tadilah menghukum dirinya sendiri dengan mencungkil matanya. Maka butalah dia sepanjang hidup.

Dan dilaluilah hari-harinya lepas tu dengan meminta-minta sedekah dari orang ramai dihadapan masjid.

Hal ini terjadi kerana dia memerintah dengan melupai Allah diwaktu senangnya.... Lalu lupalah juga Allah pada dia pada waktu susahnya.

Sahabat-sahabat..hayatilah dengan mendalam lagi sekali sabda Rasulullah ini...' kenalilah Allah diwaktu senang ( lapang), Allah akan mengenalmu di waktu susah.'






Monday, March 21, 2011

Peace

. Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.

Al Hadiid ayat 20.


tenang hati baca maksud ayat ni....

Thursday, March 10, 2011

Kisah nan santai

Untungnya jadi sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w...dapat mendampingi baginda dan berjuang bersamanya. Tapi kita boleh cakap je la, kalau betul ada di zaman tu, tak tahu la dalam kategori manakah kita...Jadi sekarang, bersyukur lah kerna kita jadi umat Rasulullah s.a.w dimana kelebihan untuk kita kelak sangatlah besar..

Aku terbaca kisah seorang sahabat nabi ni.Dulu-dulu , sahabat nabi, Salman Al-Farisy r.a penah diangkat jadi gabenor sebuah negara. Tapi yang kagumnya Salman ni, beliau walaupun seorang gabenor tapi hanyalah menunggang keldai sebagai kenderaannya. Hampir tidak percaya rakyat disana dengan Salman ni.Pakaiannya pulak hampir ibarat seperti orang-orang miskin. Beliau sangat zuhud.

Satu ketika tu, Salman Al-Farisy menolak makanan yang diberikan kepadanya, lalu dia berkata, "Tidak, tidak. Kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w berkata: ‘Sesungguhnya orang yang lebih sering kenyang di dunia akan lebih lama laparnya di akhirat. Wahai Salman, dunia ini hanyalah penjara orang Mukmin dan syurga orang kafir".

Kita pulak suka berpegang pada pantun, gendang dendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..hehe.

Saturday, March 5, 2011

Kekalutan melanda dunia.

Sedang di Mesir presidennya telah pun meletakkan jawatan, namun masih belum benar-benar aman kat sana, muncul pulak huru hara di Libya dan Tunisia.
Haru biru.Semua angkara pemimpin yang gila kan harta dan darah.

Sedih kan lihat saudara seagama kita kat sana memperjuangkan hak masing-masing. Kita sibuk bercakaran hal politik. Besok pula ada dua pilihanraya kecil, maki hamun dan fitnah memfitnah bakal jadi hidangan yang enak. MasyaAllah.

Dunia hampir sampai ke penghujungnya...oh tapi aku bukanlah terpengaruh dengan filem 2012.Haram percaya kepada dakyah barat tu.

Selalulah kita mengingati hari kemudian..

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, " Pada hari kiamat orang-orang yang bergelumang dengan kenikmatan dihadirkan dihadapan Allah"

Iaitu orang yang memakan makanan yang lazat, menikahi wanita-wanita cantik, mengenderai kenderaan-kenderaan mewah dan selalu tidur diatas kain sutera dan kain-kain yang sangat halus."

"Lantas mereka dimasukkan kedalam neraka jahanam, kemudian diangkat dan ditanya oleh Allah s.w.t : adakah engkau pernah melihat kebahagiaan? adakah engkau pernah melalui hari-hari bahagia?

Ia menjawab :Tidak, demi Allah, sama sekali aku tidak pernah melihat dan melalui kebahagiaan.

Kemudian dipanggillah orang yang paling sengsara didunia.Yang sentiasa hidup didalam kesusahan. Sepotong roti sahaja pun payah didapatkan. Bahkan sering ditimpa musibah dan penyakit.

Lalu ia dimasukkan didalam syurga dan ditanya, : adakah engkau pernah melalui sengsara didunia? ia menjawab tidak, wahai Tuhanku. Aku tidak pernah merasa sengsara didunia sama sekali."


Ini menggambarkan bahawa kebahagiaan atau sengsara didunia langsung akan terus kita lupakan apabila saat diazab(nauzubillah) ataupun dengan redhaNya, kita ke syurga kelak...