Saturday, March 5, 2011

Kekalutan melanda dunia.

Sedang di Mesir presidennya telah pun meletakkan jawatan, namun masih belum benar-benar aman kat sana, muncul pulak huru hara di Libya dan Tunisia.
Haru biru.Semua angkara pemimpin yang gila kan harta dan darah.

Sedih kan lihat saudara seagama kita kat sana memperjuangkan hak masing-masing. Kita sibuk bercakaran hal politik. Besok pula ada dua pilihanraya kecil, maki hamun dan fitnah memfitnah bakal jadi hidangan yang enak. MasyaAllah.

Dunia hampir sampai ke penghujungnya...oh tapi aku bukanlah terpengaruh dengan filem 2012.Haram percaya kepada dakyah barat tu.

Selalulah kita mengingati hari kemudian..

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, " Pada hari kiamat orang-orang yang bergelumang dengan kenikmatan dihadirkan dihadapan Allah"

Iaitu orang yang memakan makanan yang lazat, menikahi wanita-wanita cantik, mengenderai kenderaan-kenderaan mewah dan selalu tidur diatas kain sutera dan kain-kain yang sangat halus."

"Lantas mereka dimasukkan kedalam neraka jahanam, kemudian diangkat dan ditanya oleh Allah s.w.t : adakah engkau pernah melihat kebahagiaan? adakah engkau pernah melalui hari-hari bahagia?

Ia menjawab :Tidak, demi Allah, sama sekali aku tidak pernah melihat dan melalui kebahagiaan.

Kemudian dipanggillah orang yang paling sengsara didunia.Yang sentiasa hidup didalam kesusahan. Sepotong roti sahaja pun payah didapatkan. Bahkan sering ditimpa musibah dan penyakit.

Lalu ia dimasukkan didalam syurga dan ditanya, : adakah engkau pernah melalui sengsara didunia? ia menjawab tidak, wahai Tuhanku. Aku tidak pernah merasa sengsara didunia sama sekali."


Ini menggambarkan bahawa kebahagiaan atau sengsara didunia langsung akan terus kita lupakan apabila saat diazab(nauzubillah) ataupun dengan redhaNya, kita ke syurga kelak...

No comments:

Post a Comment