Friday, December 24, 2010

Penyakit vs. Ubat

Berkali-kali kita dengar statement ini.."Setiap penyakit ada penawarnya...kecuali MATI!"

Alkisahnya...............

Suatu hari Nabi Musa terkena sejenis penyakit. Apabila kaum Bani Israel mengetahuinya, mereka segera menemui Nabi Musa untuk membantu merawat baginda menggunakan sejenis tumbuhan.

“Kalau berubat dengan ubat yang kami bawa ini nescaya kamu akan sembuh!” kata kaumnya.Penyakit tersebut pernah menimpa kaum Bani Israel sebelum itu tetapi apabila diubati dengan tumbuhan tersebut terus sembuh. Namun ,permintaan Bani Israel itu ditolak Nabi Musa.

“Aku tidak akan berubat sehinggalah aku disembuhkan oleh Allah tanpa menggunakan ubat!”

Setelah gagal memujuk, kaunm Bani Israel meninggalkan Nabi Musa sendirian. Setelah beberapa lama, penyakit yang dihidapi Nabi Musa tidak sembuh-sembuh.

Nabi Musa tetap bertawakal kepada Allah menyembuhkan penyakitnya. Ketika Nabi Musa sedang bermunajat, Allah berfirman: “ Wahai Musa, demi kemulian-Ku dan keagungan-Ku , Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu!”

Selepas mendapat wahyu itu, Nabi Musa lantas meminta kaumnya segera mengubatinya dengan tumbuhan tersebut. Dengan izin Allah, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa. Bila sembuh, Nabi Misa kurang senang kerana tumbuhan itu menyembuhkan penyakitnya.

Allah berfirman lagi: “Wahai Musa, apakah kamu mengkehendaki Aku batalkan hikmah-Ku dengan tawakalnya engkau kepada-Ku! Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuh-tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah Aku yang menjadikannya?”

Nabi Musa berasa malu apabila mendengar firman Allah itu. Fahamlah baginda, bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, kecuali mati!

...USAHA...TAWAKAL...DOA...
Jikalau kita jatuh sakit..kemudian kita mkn ubat..Niatlah di dalam hati bahawasanya Allah la jua yg memberi nikmat sihat kepada kita kelak..janganlah duduk saja tanpa buat apa2 dan jgn berharap semata-mata ubat itu yg menyembuhkan kita ..ubat itu sebagai usaha kita..kemudian tawakallah kepada Allah..berdoalah agar Dia memberi nikmat sihat kepada kita kembali...

selawat......=)

Tuesday, December 21, 2010

yang ngeri...yang berseri...

yang ngeri...di neraka


Salah satu hukuman di neraka kelak adalah ahli neraka diberi minuman, yang mana cairan hamim akan dituang ke kepala mereka, maka melelehlah dalam mulutnya dan masuk dalam perutnya, maka hancurlah isi perut, dan hamim terus merembes dan menghancurkan kakinya, dan ispun diutuhkan kembali seperti semula dan dituangkan kembali untuk kali berikutnya.
(Dari riwayat Tirmidzi)

Ya Allah...pasti sangat sakit tak terhingga.Nauzublillah.

itu lah yang ngeri..



yang berseri...di syurga

Dalam satu riwayat Bukhari dan Muslim , dimana Abu Hurairah berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda,

Sesungguhnya golongan pertama yang memasuki syurga adalah berwajah bagai bulan purnama yang diikuti pula oleh golongan lain yang berwajah terang bagaikan bintang dimalam hari. Mereka didalam syurga tidak lagi membuang kotoran besar atau kecil, tidak berhingus, tidak berkahak, sikat mereka diperbuat daripada emas, mulut mereka berbau harum, kelengkapan mereka terdiri daripada kayu yang sangat harum, isteri mereka terdiri daripada bidadari yang bermata jeli, budi pekerti mereka sangatlah mulia, bentuk tubuh mereka menyerupai tubuh Nabi Adam a.s iaitu setinggi enam puluh hasta.


Sangat indah kan...Subhanallah...ini baru sikit saja kenikmatan syurga yang aku dapat tulis...

itu lah yang berseri......

Saturday, December 11, 2010

kekayaan sebenar

Dunia sangat asyik, mengejar isinya membuat kita lena terbuai angan. Angan-angan sering kat atas kepala. Kerap sangat kita sering fikir yang kekayaan harta dunia akan membahagiakan kita. Tapi salah tanggapan tu..kebahagiaan yang sebenar hanya akan kita dapat melalui kekayaan jiwa. Jiwa kita lah menjadi sumber kebahagiaan sebenar ketika di dunia ini. Dan ingatlah, hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang.

Firman Allah dalam Surah Al-Hadid ayat 20 yang bermaksud,

Ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.

Akan tetapi, ini bukanlah bermakna Islam melarang kita mencari harta dunia yang banyak, bahkan kita diberi galakan untuk mencari harta dunia. Cumanya, jangan harta dunia itu melaikan kita dari mengingati Allah, sombong, bangga diri yang bisa menjerumuskan kita ke dalam azab Allah.Nauzubillah.


Sebenarnya orang miskin yang beriman juga ada kelebihan di hari penentuan kelak. Ini kerana, orang miskin yang beriman akan masuk ke syurga setengah hari lebih awal dari orang beriman yang kaya. Setengah hari di akhirat bersamaan 500 tahun di dunia.

Dalam riwayat juga ada menceritakan, Nabi Sulaiman adalah rasul terakhir yang akan masuk ke syurga kerana banyaknya harta untuk dihisab.

Seringkali kita dapat tengok contoh disekeliling kita, ada yang rumah besar , perabot mewah..akan tetepi penghuninya tidak suka duduk di rumah, lebih suka dengan kehidupan luar...

Berbeza dengan rumah yang sedehana, penghuninya sering berkumpul, eratkan suasana kekeluargaan..Mereka gembira walaupun hidup dalam serba kesederhanaan.

Jesteru meh la kita terapkan hanya kesederhaan dalam kehidupan sehari- hari dan lebih mementingkan kesejahteraan rohani, untuk jiwa yang lebih tenang dan mengingati Allah senantiasa..=)






Wednesday, December 8, 2010

Penulisan secara pukal 2

Aku nak explain kenapa tajuk ni dipilih dua kali. Jawapannya mudah, buku yang aku baca, Jalan Menuju Syurga Firdaus vol 1 ni sangat-sangat banyak nasihat yang boleh kita guna sampai ajal kita. Tinggal satu saja volume lagi yang aku tak jumpa-jumpa.Semua sekali ada 5 vol. Korang jumpa kat mana-mana, aku strongly suggest sila la dapatkannya. Tapi aku pinjam kat kawan je, Mr. Library.

Okey kita ke topic pertama,
1) Doa kepada seluruh kaum mukminin dan mukminat.

Aku hairan kenapa dan apa kelebihannya doa kepada semua Umat Islam.
Rupanya Rasulullah s.a.w bersabda, "sesiapa yang meminta ampun dosa mukmin lelaki dan perempuan, maka Allah menulis baginya untuk setiap mukmin dan mukminat itu satu kebaikan."

Cuba bayangkan berapa orang yang beriman samada yang telah meninggal atau masih hidup, sudah tentu sangat banyak kebaikan yang akan kita dapat. InsyaAllah.



2) Agar terpelihara ketika keluar dari rumah.

Selain dari membaca Ayat Kursi, kita juga boleh membaca doa ini dimana Rasulullah mengatakan bahawa jika kita membaca doa ini, terpeliharalah kita dengan gangguan syaitan dan sebagainya.



بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

“Dengan nama Allah (aku keluar). Aku
bertawakkal kepada-Nya, dan tiada daya dan
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.


Agar Allah memelihara kita kerana dunia luar sekarang penuh dengan anasir yang tidak disangka.


3) Kelebihan surah al-Ikhlas

Rasulullah s.a.w bersabda, "sesiapa yang membaca Qul huallahu ahad, maka Allah membangunkan sebuah rumah baginya di syurga."

Rumah kat syurga kita tak boleh bayangkan keindahannya. Jadi, mari kita harap dapat rumah kat sana.


Dan satu lagi menurut riwayat, Nabi jugak mengatakan membaca surah ini sebelum tidur sebanyak tiga kali sudah menyamai kita memkhatamkan seluruh al- Quran. Subhanallah.


4) Supaya didoakan Malaikat.


Mengikut satu hadis nabi,selepas kita bersolat, tetaplah di tempat duduk kita beberapa ketika, berzikir dan berdoa, sedangkan kita hanya duduk pun Malaikat akan berdoa kepada Allah, "Ya Allah ampunilah dia, Ya Allah rahmatulah dia". Sedang Malaikat itu makhluk yang sangat suci dan doanya sangat makbul. Jadi mari kita panjangkan waktu duduk selepas solat kita.


Perbuatan yang sangat ringan itu pun ada kelebihannya..lihatlah...betapa Allah sayangkan kita....