Wednesday, December 8, 2010

Penulisan secara pukal 2

Aku nak explain kenapa tajuk ni dipilih dua kali. Jawapannya mudah, buku yang aku baca, Jalan Menuju Syurga Firdaus vol 1 ni sangat-sangat banyak nasihat yang boleh kita guna sampai ajal kita. Tinggal satu saja volume lagi yang aku tak jumpa-jumpa.Semua sekali ada 5 vol. Korang jumpa kat mana-mana, aku strongly suggest sila la dapatkannya. Tapi aku pinjam kat kawan je, Mr. Library.

Okey kita ke topic pertama,
1) Doa kepada seluruh kaum mukminin dan mukminat.

Aku hairan kenapa dan apa kelebihannya doa kepada semua Umat Islam.
Rupanya Rasulullah s.a.w bersabda, "sesiapa yang meminta ampun dosa mukmin lelaki dan perempuan, maka Allah menulis baginya untuk setiap mukmin dan mukminat itu satu kebaikan."

Cuba bayangkan berapa orang yang beriman samada yang telah meninggal atau masih hidup, sudah tentu sangat banyak kebaikan yang akan kita dapat. InsyaAllah.



2) Agar terpelihara ketika keluar dari rumah.

Selain dari membaca Ayat Kursi, kita juga boleh membaca doa ini dimana Rasulullah mengatakan bahawa jika kita membaca doa ini, terpeliharalah kita dengan gangguan syaitan dan sebagainya.



بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

“Dengan nama Allah (aku keluar). Aku
bertawakkal kepada-Nya, dan tiada daya dan
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.


Agar Allah memelihara kita kerana dunia luar sekarang penuh dengan anasir yang tidak disangka.


3) Kelebihan surah al-Ikhlas

Rasulullah s.a.w bersabda, "sesiapa yang membaca Qul huallahu ahad, maka Allah membangunkan sebuah rumah baginya di syurga."

Rumah kat syurga kita tak boleh bayangkan keindahannya. Jadi, mari kita harap dapat rumah kat sana.


Dan satu lagi menurut riwayat, Nabi jugak mengatakan membaca surah ini sebelum tidur sebanyak tiga kali sudah menyamai kita memkhatamkan seluruh al- Quran. Subhanallah.


4) Supaya didoakan Malaikat.


Mengikut satu hadis nabi,selepas kita bersolat, tetaplah di tempat duduk kita beberapa ketika, berzikir dan berdoa, sedangkan kita hanya duduk pun Malaikat akan berdoa kepada Allah, "Ya Allah ampunilah dia, Ya Allah rahmatulah dia". Sedang Malaikat itu makhluk yang sangat suci dan doanya sangat makbul. Jadi mari kita panjangkan waktu duduk selepas solat kita.


Perbuatan yang sangat ringan itu pun ada kelebihannya..lihatlah...betapa Allah sayangkan kita....









No comments:

Post a Comment