Friday, December 24, 2010

Penyakit vs. Ubat

Berkali-kali kita dengar statement ini.."Setiap penyakit ada penawarnya...kecuali MATI!"

Alkisahnya...............

Suatu hari Nabi Musa terkena sejenis penyakit. Apabila kaum Bani Israel mengetahuinya, mereka segera menemui Nabi Musa untuk membantu merawat baginda menggunakan sejenis tumbuhan.

“Kalau berubat dengan ubat yang kami bawa ini nescaya kamu akan sembuh!” kata kaumnya.Penyakit tersebut pernah menimpa kaum Bani Israel sebelum itu tetapi apabila diubati dengan tumbuhan tersebut terus sembuh. Namun ,permintaan Bani Israel itu ditolak Nabi Musa.

“Aku tidak akan berubat sehinggalah aku disembuhkan oleh Allah tanpa menggunakan ubat!”

Setelah gagal memujuk, kaunm Bani Israel meninggalkan Nabi Musa sendirian. Setelah beberapa lama, penyakit yang dihidapi Nabi Musa tidak sembuh-sembuh.

Nabi Musa tetap bertawakal kepada Allah menyembuhkan penyakitnya. Ketika Nabi Musa sedang bermunajat, Allah berfirman: “ Wahai Musa, demi kemulian-Ku dan keagungan-Ku , Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu!”

Selepas mendapat wahyu itu, Nabi Musa lantas meminta kaumnya segera mengubatinya dengan tumbuhan tersebut. Dengan izin Allah, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa. Bila sembuh, Nabi Misa kurang senang kerana tumbuhan itu menyembuhkan penyakitnya.

Allah berfirman lagi: “Wahai Musa, apakah kamu mengkehendaki Aku batalkan hikmah-Ku dengan tawakalnya engkau kepada-Ku! Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuh-tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah Aku yang menjadikannya?”

Nabi Musa berasa malu apabila mendengar firman Allah itu. Fahamlah baginda, bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, kecuali mati!

...USAHA...TAWAKAL...DOA...
Jikalau kita jatuh sakit..kemudian kita mkn ubat..Niatlah di dalam hati bahawasanya Allah la jua yg memberi nikmat sihat kepada kita kelak..janganlah duduk saja tanpa buat apa2 dan jgn berharap semata-mata ubat itu yg menyembuhkan kita ..ubat itu sebagai usaha kita..kemudian tawakallah kepada Allah..berdoalah agar Dia memberi nikmat sihat kepada kita kembali...

selawat......=)

No comments:

Post a Comment