Wednesday, June 23, 2010

Ditimpa musibah yang menghiris.

Tidak ada sorang manusia pun yang mendapat kebahagiaan sentiasa.

Kecewa dalam berbagai-bagai ragam, sedih muncul berbagai-bagai macam.

Jika kita kehilangan orang yang disayangi, redhalah dengan pemergiaannya. Ketahuilah bahawa Allah menyediakan balasan baik jika kita redha.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud `Allah SWT berfirman,:tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman kecuali syurga, apabila Aku mencabut nyawa orang yang disayanginya sedangkan dia berharap ganjaran daripadanya.`
Hadis riwayat Bukhari dan Ahmad.



Selanjutnya, kalau kita takut sangat dengan bala, ketahuilah bahawa di akhirat nanti, orang yang tidak pernah mendapat bala atau cubaan ketika di dunia, akan bercita- cita agar di dunia dahulu mereka banyak ditimpa bala. Sehinggakan mereka inginkan kulit mereka dikoyak-koyak dengan gunting, dan ingin ada orang menganiaya mereka ketika di dunia.

Kalau kita mesti tak nak langsung meminta macam tu kan.

Sebenarnya, perasan mereka itu timbul setelah melihat betapa besar dan bestnya ganjaaran yang diterima oleh orang-orang yang mendapat bala ketika didunia dan orang yang mendapat bala itu tetap bersabar dan mengharap ganjaran daripada Allah SWT.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud ` Bercita-citalah orang yang tidak pernah mendapat bala pada hari kiamat seandainya ketika di dunia kulit mereka dikoyak –koyak dengan gunting. Ini terjadi ketika orang yang pernah mendapat bala diberi ganjaran.`



Dan akhir sekali, musibah menimpa adalah untuk meninggikan darjat kita di syurga.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud `Sesungguhnya seseorangitu mempunyai tempat di sisi Allah, yakni tempat yang tidak dapat di capai dengan amal. Allah sentiasa mengujinya dengan sesuatu yang tidak disukainya supaya dia sampai ke tempat itu.`

Thursday, June 17, 2010

Simple but very nice.




Kita selalunya suka dengan benda-benda simple dan tidak complicated. Contoh mudah, kalau nak berfesyen, senang pakai tshirt dengan jeans, susah kalau pakai tshirt+kemeja+tali leher. Nak iron seluar slack lagi satu hal.

Contoh kedua, senang buat simple kalau dalam berpantun. He he. Pantun paling simple kalau nak buat,
‘pergi ke kedai membeli…….’
.....................................
.....................................
.....................................

Sebab apa mula dengan pergi ke kedai? Sebab kat kedai macam-macam ada jual, so, pembayang untuk baris ketiga nanti senang la nak dapat…Paham??kalau x paham wajib kena tanya adik- adik darjah tiga. Anak sedara, takpun anak jiran.



1) Ada benda simple yang Allah nak kita buat, dan ganjarannya sangat la besar.
Dalam hadis riwayat Muslim dan Ahmad, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, ‘Bacaan yang paling disukai oleh Allah S.W.T ada empat, iaitu , Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilahaillah, Wallahu Akbar. Tidak salah yang mana saja pun engkau mulakan.’

Zikir yang empat ini diistilahkan dengan Tasbih, Tahmid, Tahlil, dan Takbir.



2) Ucapan Lailaha Illallah itu amat baik untuk memperbaharui iman kita melalui hadis Rasulullah S.A.W ‘Perbaharuilah iman kamu dengan ucapan Lailaha Illallah.’
Ketahuilah sahabat dan saudaraku, semakin banyak kita ceburi masalah keduniaan semakin cepat iman kita kotor dan lapuk. Oleh itu, iman perlu sentiasa diperbaharui.



3) Nak menggugurkan dosa?

Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, ‘Sesungguhnya Alhamdulillah, Subhanallah, Lailaha Illallah dan Allahu Akbar, akan menggugurkan dosa-dosa seseorang hamba sebagaimana gugurnya daun pokok ini.’
Ketika menyebut hadis ini, Rasulullah S.A.W dekat dengan pokok yang daunnya berguguran, sebab tu Rasulullah S.A.W mencontohkan dengan pokok tu.



4) Kebaikan yang kita dapat. Sangat hebat.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, ‘ Sesungguhnya Allah SWT memilih daripada kalimat empat bacaan, iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaha Illallah, dan Allahu Akbar. Sesiapa yang membaca Subhanallah dicatat baginya dua puluh kebaikan dan dihapuskan dua puluh kejahatan (dosa). Begitu juga orang yang mambaca Allahu Akbar dan Lailaha Illallah. Sesiapa yang membaca Alhamdulillahi Rabbil Alamin bagi pihak dirinya dicatat baginya tiga puluh kebaikan dan dihapuskan daripadanya tiga puluh kesalahan (dosa).’


Simple but very nice. Kan?

Thursday, June 10, 2010

POP KUIZ!! TEROKAI PERSONALITI ANDA DENGAN 10 SOALAN



Kuiz yang best untuk dicuba untuk menguji diri kita dan tahap psikologi personaliti diri kita.

Ujian ni adalah secara santai dan tidak terlalu ilmiah. Tidak payah pening-pening kepala, kerana tak dak tolak dan bahagi, kali darab,xpun punca kuasa dua. Dengan ujian ini , kita dapat mengenali diri kita sendiri.

JANGAN LUPA, bahan-bahan untuk menu kita hari ini adalah PEN dan KERTAS.
CARA-CARANYA.

1) Baca soalan, jawab terus seikhlas mungkin dengan jawapan pertama yang terlintas di fikiran anda.Anda hanya ada masa 0.5 saat untuk berfikir,dan terus catat atas kertas ok..be honest to yourself.

2) Jawapan yang ditulis hendaklah yang pertama muncul difikiran anda.

3)Sila jawab mengikut urutan soalan.

4)Jawapan tidak memerlukan logik akal.

5)Bayangkan situasi dan jawab secepat yang boleh ok…

SOALAN


1) Anda sedang berjalan dengan seseorang didalam sebuah hutan yang amat sunyi. Siapakah yang sedang berjalan dengan anda pada ketika itu?


2) Anda sedang berjalan seorang diri di dalam sebuah hutan yang amat sunyi dan anda ternampak seekor haiwan. Apakah haiwan yang anda nampak?


3) Katakan lah anda boleh berinteraksi dengan haiwan itu, apakah soalan yang akan anda tanya kepadanya? Bagaimanakah anda mengajukan soalan-soalan berkenaan?


4) Anda berjalan semakin jauh ke dalam hutan yang amat sunyi itu, dan tiba-tiba anda terlihat sebuah rumah yang cantik yang selama ini menjadi idaman hati anda. Ceritakan tentang rumah itu dari segi saiznya.


5) Adakah rumah idaman hati anda itu dikelilingi oleh pagar yang kukuh?


6) Anda pun masuk ke dalam rumah itu dan ternampak sebuah meja makan. Cuba anda ceritakan apa yang anda lihat di atas dan di sekeliling meja makan itu.


7) Kemudian anda keluar dari rumah itu melalui pintu belakangnya. Diatas rumput dibelakang rumah itu kelihatan sebuah cawan. Ianya diperbuat daripada apa?


8) Apa reaksi anda dan apa pula yang anda lakukan keatas/dengan cawan itu?


9) Oleh kerana anda telah bosan berada disitu, anda pun bergerak ke hujung kawasan rumah idaman berkenaan dimana anda telah bertemu dengan air( anda gambarkan sendiri sikit atau banyak). Dari manakah datangnya (punca) air tersebut?


10) Bagaimanakah caranya anda akan melangkah/berenang/meredah air itu untuk menyeberanginya? Adakah anda basah atau badan anda masih kering?




ANALISIS 10 SOALAN BERKENAAN


1) Besar kemungkinan, si dia yang sedang berjalan dengan anda itu adalah antara orang yang paling penting dan paling anda percayai dalam hidup anda setakat ini.

2) Saiz haiwan yang anda nampak itu mungkin berkait rapat dengan persepsi anda tentang dilema, konflik serta masalah yang sedang anda hadapi dalam hidup.

3) Proses interaksi anda dengan haiwan itu boleh melambangkan cara anda menangani dilema, konflik serta masalah yang dihadapi (misalnya terlalu agresif, terlalu pasif, sedikit takut, tidak ambil peduli dan sebagainya.)

4) Saiz rumah idaman anda itu mungkin berkaitan dengan kemahuan anda untuk menyelesaikan segala dilemma, konflik serta masalah yang sedang anda hadapi.

5) Jika anda tidak memagari rumah idaman anda , ia boleh membawa makna anda seorang individu yang berpesonaliti terbuka dan anda mampu menerima kritikan dan pendapat orang lain dalam hidup. Jika rumah itu dipagar kukuh pula, ia mugkin bermakna personaliti anda agak tertutup dan anda suka berahsia, lebih-lebih lagi tentang dilemma, konflik serta masalah yang terpaksa anda tangani.

6) Jika jawapan anda untuk soalan ini tidak berkaitan makanan atau minuman, bunga-bungaan serta barang perhiasan atau tentang manusia serta individu lain, ia mungkin bererti bahawa dalam hidup anda, anda seorang yang agak cenderung untuk murung dan runsing.

7) Cawan yang anda jumpa itu besar kemungkinan berkait rapat dengan hubungan anda bersama individu yang anda nyatakan dalam soalan pertama yang ditanya. Misalnya jika cawan yang anda jumpa itu diperbuat daripada plastic yang agak lama dan sudah rapuh,- ia mungkin menandakan bahawa hubungan anda dan individu itu sudah agak luntur dan membosankan diri anda. Kalau kaca,ia cantik dan molek tapi awas, mudah pecah!

8) Reaksi dan tindakan anda keatas cawan itu berkait rapat dengan pandangan dan sikap anda terhadap individu yang anda nyatakan dalam soalan pertama tadi.

9) Jika air itu datang dari dalam sebuah baldi, ia mungkin bermakna semangat anda dalam hidup adalah kecil, akan tetapi jika air itu datang dari sebuah lautan bermakna anda mempunyai kemahuan yang kuat untuk hidup dan menikmati kehidupan yang sebenar. ( anda perlu membuat perbandingan berdasarkan contoh yang diberi ini.)

10) Akhir sekali, jika anda langsung tidak basah ketika menyeberangi air yang anda jumpa, ini membawa makna bahawa kemahuan seksual tidak penting dalam hidup anda. Jika anda basah kuyup pula …besar kemungkinan anda seorang yang hidup untuk seks dek kerana nafsu seks anda yang sentiasa membara!

Tuesday, June 1, 2010

Ibu Bapa derhaka?? wujud kah??

Tgk semanis kurma…

Suka tgk ustazah bahiyah dgn suaminya…ling2 yang2…sweet kapel…=)

Di awal rancangan Ustazah mengexplain kategori2 ibu bapa derhaka..
1. Lelaki yg kahwin dgn wanita yg tidak baik.
2. Ibu bapa yg memberi nama ank yg maksundya tidak elok..
3. Ibu bapa yg tidak mengajar ank mereka mengenal Al-Quran
4. Asanya ada lagi..lupa…minta maaf ya…=)


Di tengah2 siaran…berlakulah insiden di bawah…

Sebuah pertanyaan di ajukan..Yg bertanya ialah mak cik berkerudung ungu (cantik tudung dia)..bertanyalah mak cik tu “ Selalu kita dengar syurga di bawah tapak kaki ibu,tapi klu ibu itu sendiri di anggap derhaka..adakah syurga di tapak kakinya lagi?”(Lebih kurang camtu la soklan mok cik tu)..

Pastu ustaz yg diundang (lawak dan leh cakap Hindustan) tu pun explain..
“Jadilah kita seperti pohon mangga yg rendang..walaupun dibaling dgn batu,kayu dan kadang2 selipar naik ke atas…Tapi tetap jua memberi balasan sebiji buah yg ranum kpd pelakunya…=) “

Sambung ustaz tu lagik even seorang ank beribu bapakan kafir pun..Syurga itu tetap dianggap di bawah telapak kaki ibunya…” …Lihatlah betapa hebatnya Allah mengangkat darjat seorang ibu.

Teringat suatu cerita tentang seorang ank yg beribu bapakan khinzirDi dalam kisah ini Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami." Subhanallah Maha Suci Allah..

Berdoalah kita supaya kita pun dapat berjasa kepada ibu bapa kita..Jadilah anak-anak yg soleh dan solehah…aminn ya rabbal a’lamin…

Ingatlah bahawa iman xdapat di warisi seperti lagu Raihan Iman adalah mutiara..Kalau kita ada ibu bapa yg derhaka..Jgnlah kita megikut jejak mereka..Buatlah sesuatu utk mereka dan diri kita juga..Semoga keluarga kita sentiasa mendapat barakah dari Allah selalu…

Konklusi yg dapat di catit.Lebih kurang bunyik camni..

1.Anak dilahirkan adalah suci dan bersih seperti kain putih…ibu bapalah yang mencorakkannya…

2.Anak adalah amanah dari Allah s.w.t..Ibu bapa haruslah jaga dan didik mereka..janganlah di bezakan mereka..

3.Ada doa yg ustazah dan ustaz bagi di akhir rancangan. Doa pertama untuk mendapat keturunan yang baik2..Taat perintah Allah.iaitu dari Surah al-ahqaf ayat 15. Dan doa ketika kita menghadapi cabaran mendidik anak2 iaitu Surat ali imran ayat 147.

4. Anak-anak jgn tuding jari kt ibubpa jika mereka derhaka ..Ingatlah Allah bagi kita akal untuk memikirkan yg mana baik dan mana buruk.. Jgn ckp perkataan yg xbaik pada ibu bapa..

5. Akhir sekali derhaka xkan berlaku di dalam sebuah keluarga itu selagi mereka hayati Islam dgn baik...


Sekian…~selawat~