Wednesday, June 23, 2010

Ditimpa musibah yang menghiris.

Tidak ada sorang manusia pun yang mendapat kebahagiaan sentiasa.

Kecewa dalam berbagai-bagai ragam, sedih muncul berbagai-bagai macam.

Jika kita kehilangan orang yang disayangi, redhalah dengan pemergiaannya. Ketahuilah bahawa Allah menyediakan balasan baik jika kita redha.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud `Allah SWT berfirman,:tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman kecuali syurga, apabila Aku mencabut nyawa orang yang disayanginya sedangkan dia berharap ganjaran daripadanya.`
Hadis riwayat Bukhari dan Ahmad.



Selanjutnya, kalau kita takut sangat dengan bala, ketahuilah bahawa di akhirat nanti, orang yang tidak pernah mendapat bala atau cubaan ketika di dunia, akan bercita- cita agar di dunia dahulu mereka banyak ditimpa bala. Sehinggakan mereka inginkan kulit mereka dikoyak-koyak dengan gunting, dan ingin ada orang menganiaya mereka ketika di dunia.

Kalau kita mesti tak nak langsung meminta macam tu kan.

Sebenarnya, perasan mereka itu timbul setelah melihat betapa besar dan bestnya ganjaaran yang diterima oleh orang-orang yang mendapat bala ketika didunia dan orang yang mendapat bala itu tetap bersabar dan mengharap ganjaran daripada Allah SWT.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud ` Bercita-citalah orang yang tidak pernah mendapat bala pada hari kiamat seandainya ketika di dunia kulit mereka dikoyak –koyak dengan gunting. Ini terjadi ketika orang yang pernah mendapat bala diberi ganjaran.`



Dan akhir sekali, musibah menimpa adalah untuk meninggikan darjat kita di syurga.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud `Sesungguhnya seseorangitu mempunyai tempat di sisi Allah, yakni tempat yang tidak dapat di capai dengan amal. Allah sentiasa mengujinya dengan sesuatu yang tidak disukainya supaya dia sampai ke tempat itu.`

No comments:

Post a Comment