Thursday, June 10, 2010

POP KUIZ!! TEROKAI PERSONALITI ANDA DENGAN 10 SOALAN



Kuiz yang best untuk dicuba untuk menguji diri kita dan tahap psikologi personaliti diri kita.

Ujian ni adalah secara santai dan tidak terlalu ilmiah. Tidak payah pening-pening kepala, kerana tak dak tolak dan bahagi, kali darab,xpun punca kuasa dua. Dengan ujian ini , kita dapat mengenali diri kita sendiri.

JANGAN LUPA, bahan-bahan untuk menu kita hari ini adalah PEN dan KERTAS.
CARA-CARANYA.

1) Baca soalan, jawab terus seikhlas mungkin dengan jawapan pertama yang terlintas di fikiran anda.Anda hanya ada masa 0.5 saat untuk berfikir,dan terus catat atas kertas ok..be honest to yourself.

2) Jawapan yang ditulis hendaklah yang pertama muncul difikiran anda.

3)Sila jawab mengikut urutan soalan.

4)Jawapan tidak memerlukan logik akal.

5)Bayangkan situasi dan jawab secepat yang boleh ok…

SOALAN


1) Anda sedang berjalan dengan seseorang didalam sebuah hutan yang amat sunyi. Siapakah yang sedang berjalan dengan anda pada ketika itu?


2) Anda sedang berjalan seorang diri di dalam sebuah hutan yang amat sunyi dan anda ternampak seekor haiwan. Apakah haiwan yang anda nampak?


3) Katakan lah anda boleh berinteraksi dengan haiwan itu, apakah soalan yang akan anda tanya kepadanya? Bagaimanakah anda mengajukan soalan-soalan berkenaan?


4) Anda berjalan semakin jauh ke dalam hutan yang amat sunyi itu, dan tiba-tiba anda terlihat sebuah rumah yang cantik yang selama ini menjadi idaman hati anda. Ceritakan tentang rumah itu dari segi saiznya.


5) Adakah rumah idaman hati anda itu dikelilingi oleh pagar yang kukuh?


6) Anda pun masuk ke dalam rumah itu dan ternampak sebuah meja makan. Cuba anda ceritakan apa yang anda lihat di atas dan di sekeliling meja makan itu.


7) Kemudian anda keluar dari rumah itu melalui pintu belakangnya. Diatas rumput dibelakang rumah itu kelihatan sebuah cawan. Ianya diperbuat daripada apa?


8) Apa reaksi anda dan apa pula yang anda lakukan keatas/dengan cawan itu?


9) Oleh kerana anda telah bosan berada disitu, anda pun bergerak ke hujung kawasan rumah idaman berkenaan dimana anda telah bertemu dengan air( anda gambarkan sendiri sikit atau banyak). Dari manakah datangnya (punca) air tersebut?


10) Bagaimanakah caranya anda akan melangkah/berenang/meredah air itu untuk menyeberanginya? Adakah anda basah atau badan anda masih kering?




ANALISIS 10 SOALAN BERKENAAN


1) Besar kemungkinan, si dia yang sedang berjalan dengan anda itu adalah antara orang yang paling penting dan paling anda percayai dalam hidup anda setakat ini.

2) Saiz haiwan yang anda nampak itu mungkin berkait rapat dengan persepsi anda tentang dilema, konflik serta masalah yang sedang anda hadapi dalam hidup.

3) Proses interaksi anda dengan haiwan itu boleh melambangkan cara anda menangani dilema, konflik serta masalah yang dihadapi (misalnya terlalu agresif, terlalu pasif, sedikit takut, tidak ambil peduli dan sebagainya.)

4) Saiz rumah idaman anda itu mungkin berkaitan dengan kemahuan anda untuk menyelesaikan segala dilemma, konflik serta masalah yang sedang anda hadapi.

5) Jika anda tidak memagari rumah idaman anda , ia boleh membawa makna anda seorang individu yang berpesonaliti terbuka dan anda mampu menerima kritikan dan pendapat orang lain dalam hidup. Jika rumah itu dipagar kukuh pula, ia mugkin bermakna personaliti anda agak tertutup dan anda suka berahsia, lebih-lebih lagi tentang dilemma, konflik serta masalah yang terpaksa anda tangani.

6) Jika jawapan anda untuk soalan ini tidak berkaitan makanan atau minuman, bunga-bungaan serta barang perhiasan atau tentang manusia serta individu lain, ia mungkin bererti bahawa dalam hidup anda, anda seorang yang agak cenderung untuk murung dan runsing.

7) Cawan yang anda jumpa itu besar kemungkinan berkait rapat dengan hubungan anda bersama individu yang anda nyatakan dalam soalan pertama yang ditanya. Misalnya jika cawan yang anda jumpa itu diperbuat daripada plastic yang agak lama dan sudah rapuh,- ia mungkin menandakan bahawa hubungan anda dan individu itu sudah agak luntur dan membosankan diri anda. Kalau kaca,ia cantik dan molek tapi awas, mudah pecah!

8) Reaksi dan tindakan anda keatas cawan itu berkait rapat dengan pandangan dan sikap anda terhadap individu yang anda nyatakan dalam soalan pertama tadi.

9) Jika air itu datang dari dalam sebuah baldi, ia mungkin bermakna semangat anda dalam hidup adalah kecil, akan tetapi jika air itu datang dari sebuah lautan bermakna anda mempunyai kemahuan yang kuat untuk hidup dan menikmati kehidupan yang sebenar. ( anda perlu membuat perbandingan berdasarkan contoh yang diberi ini.)

10) Akhir sekali, jika anda langsung tidak basah ketika menyeberangi air yang anda jumpa, ini membawa makna bahawa kemahuan seksual tidak penting dalam hidup anda. Jika anda basah kuyup pula …besar kemungkinan anda seorang yang hidup untuk seks dek kerana nafsu seks anda yang sentiasa membara!

No comments:

Post a Comment