Thursday, June 17, 2010

Simple but very nice.




Kita selalunya suka dengan benda-benda simple dan tidak complicated. Contoh mudah, kalau nak berfesyen, senang pakai tshirt dengan jeans, susah kalau pakai tshirt+kemeja+tali leher. Nak iron seluar slack lagi satu hal.

Contoh kedua, senang buat simple kalau dalam berpantun. He he. Pantun paling simple kalau nak buat,
‘pergi ke kedai membeli…….’
.....................................
.....................................
.....................................

Sebab apa mula dengan pergi ke kedai? Sebab kat kedai macam-macam ada jual, so, pembayang untuk baris ketiga nanti senang la nak dapat…Paham??kalau x paham wajib kena tanya adik- adik darjah tiga. Anak sedara, takpun anak jiran.



1) Ada benda simple yang Allah nak kita buat, dan ganjarannya sangat la besar.
Dalam hadis riwayat Muslim dan Ahmad, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, ‘Bacaan yang paling disukai oleh Allah S.W.T ada empat, iaitu , Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilahaillah, Wallahu Akbar. Tidak salah yang mana saja pun engkau mulakan.’

Zikir yang empat ini diistilahkan dengan Tasbih, Tahmid, Tahlil, dan Takbir.



2) Ucapan Lailaha Illallah itu amat baik untuk memperbaharui iman kita melalui hadis Rasulullah S.A.W ‘Perbaharuilah iman kamu dengan ucapan Lailaha Illallah.’
Ketahuilah sahabat dan saudaraku, semakin banyak kita ceburi masalah keduniaan semakin cepat iman kita kotor dan lapuk. Oleh itu, iman perlu sentiasa diperbaharui.



3) Nak menggugurkan dosa?

Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, ‘Sesungguhnya Alhamdulillah, Subhanallah, Lailaha Illallah dan Allahu Akbar, akan menggugurkan dosa-dosa seseorang hamba sebagaimana gugurnya daun pokok ini.’
Ketika menyebut hadis ini, Rasulullah S.A.W dekat dengan pokok yang daunnya berguguran, sebab tu Rasulullah S.A.W mencontohkan dengan pokok tu.



4) Kebaikan yang kita dapat. Sangat hebat.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, ‘ Sesungguhnya Allah SWT memilih daripada kalimat empat bacaan, iaitu Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaha Illallah, dan Allahu Akbar. Sesiapa yang membaca Subhanallah dicatat baginya dua puluh kebaikan dan dihapuskan dua puluh kejahatan (dosa). Begitu juga orang yang mambaca Allahu Akbar dan Lailaha Illallah. Sesiapa yang membaca Alhamdulillahi Rabbil Alamin bagi pihak dirinya dicatat baginya tiga puluh kebaikan dan dihapuskan daripadanya tiga puluh kesalahan (dosa).’


Simple but very nice. Kan?

No comments:

Post a Comment