Monday, August 30, 2010

coret coret ramadhan 1431 H..

Dua hari lepas, masuk dah 10 malam terakhir ramadhan kali ni.mmm...perasaan cemas, cuak, sebab 10 malam terakhir ni adalah jaminan untuk terselamat dari api neraka.terfikir jugak adalah ramadhan lagi di tahun depan...masih panjangkah umur..

Friday, August 20, 2010

entry pendek sebelum tidur...`Kebiasaan dan keadaan lapar Rasulullah S.A.W`

Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih, senantiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirehat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnva, kata-katanya penuh mutiara manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah lembut tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil.


Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim, Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata: Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit? jawab beliau: Aku lapar, wahai Abu Hurairah! Mendengar jawaban beliau itu, aku terus menangis sedih melihatkan keadaan beliau itu. Beliau merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata: Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, karena beratnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia.


Allahuma solli'ala saidina Muhammad.

Tuesday, August 10, 2010

Miskinkanlah kami....

Manusia tak pernah puas apa yang dia ada..meskipun nikmat tersedia luas kiri dan kanan tanpa mereka sedar..Nikmat Allah cukup banyak sampai kadang tak terfikir oleh manusia..Bila mereka terasa kehilangan sesuatu,barulah mereka tersedar nikmat tersebutlah yang patut disyukuri..

Renungkanlah bersama...

Pada suatu hari, ada seorang lelaki miskin datang kepada Aisyah. Aisyah menghulurkan sedikit sedekah kepadanya. Kemudian Aisyah menyuruh Barirah mengawasi lelaki itu. Nabi Muhammad berkata kepadanya, “Janganlah kamu berkira (dalam member sedekah) sehingga Allah pun tidak akan berkira (dalam memberi rezeki) kepadamu.

Nabi Muhammad pernah berkata pada masa yang lain, “ Wahai Aisyah, berlindunglah daripada api neraka walau hanya dengan (menyedekahkan) separuh biji kurma. Separuh kurma itu untuk mengisi perut orang yang lapar seperti ia mengisi perut orang yang kenyang.’’

Aisyah pernah mendengar Nabi Muhammad berdoa begini, “Ya Allah, jadikanlah aku hidup sebagai seorang yang miskin. Cabutlah nyawaku dalam keadaan miskin. Kumpulkanlah aku pada hari kiamat nanti bersama golongan miskin.”

Mendengar doa itu, Aisyah bertanya, “ Mengapa berdoa seperti itu,wahai kekasih Allah? “

Beliau menjawab, “ Orang miskin akan masuk syurga 40 tahun lebih awal daripada orang kaya. Wahai Aisyah, janganlah kamu menolak orang miskin walaupun kamu hanya mampu memberinya separuh biji kurma. Wahai Aisyah, cintailah orang miskin dan dekatlah mereka kepadamu supaya Allah juga mendekatkanmu kepadaNya pada hari kiamat nanti.”

Janganlah kita bongkak di bumi Allah..Semua milik Nya..Kita hanya pemegang amanahNya..Ingatlah Allah..Ingatlah Allah..Ingatlah Allah..Allah sayang hamba2Nya yang dekat diri denganNya...

Monday, August 9, 2010

ia datang lagi...=)

Alhamdulillah..lebih kurang dua hari lagi kita akan sambut bulan yang paling banyak keberkatan dan kelebihan yang Allah berikan di dalamnya.
syukur...nikmat Allah sesungguhnya tidak terhitung oleh kita.Malu kadang- kadang terfikirkan betapa banyak nikmat yang dah kita dustakan. Astaghfirullah...


Ramadhan kali ni, InsyaAllah datang dalam satu semester akhir bagiku..sungguh agak sibuk mungkin, dengan kelas ganti dan sebagainya..Ya Allah..harap dapat tidak ku tinggalkan tarawihMu yang Engkau kurniakan bagi hamba-hambaMu dengan begitu besar sekali fadhilatnya.

Sungguh tidak terbayang oleh kita betapa pahala itu sedang berganda-ganda di bulan Ramadhan nanti.


Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.


Antara perkara lain yang buat kita senyum adalah apabila, insan-insan yang sebelum ni mungkin nampak kurang mematuhi perintah agama, mula nampak baik..semua orang macam takut nak buat dosa...mungkin kalau tak mau posa pun, akan menyorok-nyorok di balik dinding, tangga atau kawasan tapak pembinaan untuk memenuhi nafsu perut.

Kurangla jugak asap-asap rokok menerawang di siang hari..

Yang selalu taat pada suruhan agama pulak, paham akan kelebihan-kelebihan amalan pada bulan ni..jadi, makin sejuk lah jiwa-jiwa mereka dengan solat fardhu dan sunat, bacaan Al- Quran, sedekah dan zikir-zikir di masa- masa terluang.Amalan kebiasaan tetapi digandakan...



Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi



Sungguh jua, banyak dosa-dosa kita yang telah dilakukan sepanjang 11 bulan yang lalu..mungkin kita sering meminta ampun dari Allah, dan kali ini, Allah beri lagi peluang buat kita...jadi makanya, rebutlah,ikhlaskanlah puasa kita semata-mata kernaNYA....

Wednesday, August 4, 2010

counter attack for 'lelaki idaman'

WANITA IDAMAN...


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Kerna tak nak di akhirat kelak diseksa tiada terhingga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini,


Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah itu,
Bukan jugak manis minuman buatannya,
juga pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu…
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin…
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah…
Memujuk rayu bukan main..


Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah…
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain…
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak bulan purnama,atau siti nurhaliza,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
duniawinya…
Iman menyatakan kecantikan wanita pada akhlak dan agamanya..



Wahai wanita… jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri bersih dan sentiasa mendapat rahmat Allah ya Rahman.


Wahai wanita… jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ia kurniaan Allah yang memberi,
Wahai wanita… jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana banyak lagi insan yang jauh lebih banyak malang bertamu


Wahai wanita solehah… jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada,
Kerna Allah pemurah sentiasa,
Dan Allah bersamamu di mana sahaja..