Tuesday, November 29, 2011

Aku terima nikahnya versi ketiga

Seperti biasa tajuk nak gempak berbicara soal cinta lagi. Tapi for sure la blog ni bukan untuk menggalakkan cinta berputik antara korang dan awek/balak korang.


Aku tengah sibuk mengulangkaji buku baru aku pinjam, 'Murabbi Cinta' iaitu naskhah ketiga 'aku terima nikahnya' karya Ustaz Hazrizal atau Ustaz Love bak kata orang putih.

Karya dimulakan dengan mukadimah yang cukup menyengat, perihal Tuhan kita, Allah s.w.t. Allah mempunyai 99 nama tapi mengapa kalimah Al-Rahman dan Al-Rahim ini digabungkan dengan Bismillah, tidak dengan 97 nama yang lain. Ya, aku tau korang belum jawab mari aku jawabkan. Allah mahu sekalian manusia mengingatiNya sebagai Maha Kaya dengan cinta. Rahman dan Rahim.

Subtopik seterusnya aku berminat dengan perihal nyamuk. Penulis menggambarkan nyamuk ni walaupun kecil, tapi banyak membawa maut kepada manusia dengan macam-macam penyakit yang dibawannya.Apa kena mengena nyamuk dengan perihal ibadah ni. Aku pun mula-mula kehairanan tapi last-last paham jugak, yelah pasal dosa kecil kita selalu abaikan, cakap tak ada apa buat dosa kecik, leng-leng tai la. Cehh!, apa ingat buleh tawar menawar ke kat akhirat nanti.
Ingat, dosa kecik yang menggelapkan hati kita dan menjerumuskan ke dosa yang lagi besar.

Okey subtopik aku skip-skip, then aku minat pada 'musibah berantai'. Dimulakan cerita dengan seekor kucing yang menahan senak di perut akibat ditendang...'apakah dosaku..' lebih kurang macam tu la si kucing mengiau.

Ini adalah kejadian beberapa jam sebelum itu,( aku saja tambah ayat beberapa jam ikut suka hati aku). Seorang CEO memarahi setiausahanya kerana lambat faks dokumen- dokumen apa entah. Si setiausaha pun terasa rendah hati, rasa marah, di tujukan pula kepada pengurus jualan yang menyebabkan dokumen itu dihantar lewat. Api kemarahan membara, lalu di sound pengurus jualan kaw-kaw. Dipendekkan cerita, setiausaha yang tak reti hormat pengurus jualan , balik rumah , dihamburkan kemarahan kepada si isteri yang tak tahu apa-apa, tengah elok sahaja menghidang makanan untuk si suami. Si isteri pun tension tak hingga, 'apa punya laki', bentaknya dalam hati. Berantai pula hingga ke anak, nak dijadikan cerita lagi, eh ayat sama,..

Si anak datang menemui ibunya bertanya cantik ke tak lukisannya. Si ibu yang tengah hot dimarahi suami, memindahkan kepada anak pula. Sibuklah engakau wahai anak, orang tengah marah ni la kau nak tanya pasal lukisan bagai.


Dan akhirnya, kucing tadilah yang ditendang anak itu..huhuhu...bes baca Ustaz ni kait mengait. Moral of the story, andai salah sorang dapat menahan amarah, maka tak jadilah musibah berantai macam tadi. Tinggal kucing je tak tahu nak marah sapa.


Besarlah pahala sesiapa yang dapat menahan amarahnya. Baginda Rasulullah s.a.w pernah beberapa kali mengulangi pesanan yang sama, 'Janganlah kamu marah, janganlah kamu marah, jangan kamu marah...'


Bersambung kalau rajin.

Wednesday, November 16, 2011

C.i.n.t.a

Antara pepatah yang popular di facebook , 'cinta pada manusia, manusia akan mati, cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada Allah, kan kekal abadi'. Pastinya ramai rakan mengepost kan.

Cinta sesama manusia, sesuatu yang sukar di tafsirkan. Kadang mengkhayalkan. Sebab tu Allah bagi suruhan untuk berkahwin. Dan lepas kawin pulak, pastikan cinta pasangan masing- masing hanya kerana Allah. Dan ini termasuk salah satu cara bagaimana menyintai Allah.


Satu lagi kata-kata popular, 'aku menyintai mu kerana agama mu, hilang agamamu, maka hilanglah cintaku pada mu'.


Sesungguhnya, kita juga perlu menyemai cinta pada sesama Muslim, kerana Allah.


Perhatikan hadis berikut :



Di antara hamba-hamba Allah ada manusia yang tidak termasuk para Nabi dan juga para syuhada’, tetapi pada hari akhirat para nabi dan syuhada’ cemburu kerana kedudukan mereka di sisi Allah”.


Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, beritahu kami siapakah mereka?”.
Rasulullah menjawab; “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah dan bukan berdasarkan hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan”.
“Demi Allah, muka mereka itu bercahaya. Mereka berada di atas cahaya. Tidak merasa takut ketika orang lain merasa takut. Tidak berdukacita pada saat orang lain berdukacita”.


Kemudian Rasulullah membacakan firman Allah dalam surah Yunus ayat 62: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah tidak merasa khuatir dan tidak pula bersedih hati”. (HR Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban)



Moga cinta sesama saudara Muslim semua akan terus tersemai kerana Allah s.w.t...