Wednesday, November 16, 2011

C.i.n.t.a

Antara pepatah yang popular di facebook , 'cinta pada manusia, manusia akan mati, cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada Allah, kan kekal abadi'. Pastinya ramai rakan mengepost kan.

Cinta sesama manusia, sesuatu yang sukar di tafsirkan. Kadang mengkhayalkan. Sebab tu Allah bagi suruhan untuk berkahwin. Dan lepas kawin pulak, pastikan cinta pasangan masing- masing hanya kerana Allah. Dan ini termasuk salah satu cara bagaimana menyintai Allah.


Satu lagi kata-kata popular, 'aku menyintai mu kerana agama mu, hilang agamamu, maka hilanglah cintaku pada mu'.


Sesungguhnya, kita juga perlu menyemai cinta pada sesama Muslim, kerana Allah.


Perhatikan hadis berikut :



Di antara hamba-hamba Allah ada manusia yang tidak termasuk para Nabi dan juga para syuhada’, tetapi pada hari akhirat para nabi dan syuhada’ cemburu kerana kedudukan mereka di sisi Allah”.


Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, beritahu kami siapakah mereka?”.
Rasulullah menjawab; “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah dan bukan berdasarkan hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan”.
“Demi Allah, muka mereka itu bercahaya. Mereka berada di atas cahaya. Tidak merasa takut ketika orang lain merasa takut. Tidak berdukacita pada saat orang lain berdukacita”.


Kemudian Rasulullah membacakan firman Allah dalam surah Yunus ayat 62: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah tidak merasa khuatir dan tidak pula bersedih hati”. (HR Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban)



Moga cinta sesama saudara Muslim semua akan terus tersemai kerana Allah s.w.t...

No comments:

Post a Comment