Thursday, May 17, 2012

hah, baru bukak blog!

Salam, lama tak jenguk sini, beberapa peristiwa dah terjadi keatas aku. Pasangan penulis dah berkahwin ,nikahnya pada Jan 21 2012, Kenduri pulak Mac 10 dan 11. Gambar tak berapa nak dan nak upload, album ada dirumah. Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya.........

Tuesday, January 17, 2012

Sebarkanlah salam

Dinukilkan pula oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Kalian tidak akan masuk surga sampai kalian beriman, dan tidak akan sempurna iman kalian hingga kalian saling mencintai. Maukah aku tunjukkan kalian pada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.”(HR. Muslim no. 54)

Friday, January 13, 2012

2012

catatan pertama tuk tahun 2012 ni, nak tulis dua peringatan saja.

~yang bergelar muslim wajib menjaga pandangan matanya~
~hanya dengan mengingati Allah, nescaya hati kita kan tenang~...

Saturday, December 10, 2011

bereh

AN-NUR ayat 32. Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.

Tuesday, November 29, 2011

Aku terima nikahnya versi ketiga

Seperti biasa tajuk nak gempak berbicara soal cinta lagi. Tapi for sure la blog ni bukan untuk menggalakkan cinta berputik antara korang dan awek/balak korang.


Aku tengah sibuk mengulangkaji buku baru aku pinjam, 'Murabbi Cinta' iaitu naskhah ketiga 'aku terima nikahnya' karya Ustaz Hazrizal atau Ustaz Love bak kata orang putih.

Karya dimulakan dengan mukadimah yang cukup menyengat, perihal Tuhan kita, Allah s.w.t. Allah mempunyai 99 nama tapi mengapa kalimah Al-Rahman dan Al-Rahim ini digabungkan dengan Bismillah, tidak dengan 97 nama yang lain. Ya, aku tau korang belum jawab mari aku jawabkan. Allah mahu sekalian manusia mengingatiNya sebagai Maha Kaya dengan cinta. Rahman dan Rahim.

Subtopik seterusnya aku berminat dengan perihal nyamuk. Penulis menggambarkan nyamuk ni walaupun kecil, tapi banyak membawa maut kepada manusia dengan macam-macam penyakit yang dibawannya.Apa kena mengena nyamuk dengan perihal ibadah ni. Aku pun mula-mula kehairanan tapi last-last paham jugak, yelah pasal dosa kecil kita selalu abaikan, cakap tak ada apa buat dosa kecik, leng-leng tai la. Cehh!, apa ingat buleh tawar menawar ke kat akhirat nanti.
Ingat, dosa kecik yang menggelapkan hati kita dan menjerumuskan ke dosa yang lagi besar.

Okey subtopik aku skip-skip, then aku minat pada 'musibah berantai'. Dimulakan cerita dengan seekor kucing yang menahan senak di perut akibat ditendang...'apakah dosaku..' lebih kurang macam tu la si kucing mengiau.

Ini adalah kejadian beberapa jam sebelum itu,( aku saja tambah ayat beberapa jam ikut suka hati aku). Seorang CEO memarahi setiausahanya kerana lambat faks dokumen- dokumen apa entah. Si setiausaha pun terasa rendah hati, rasa marah, di tujukan pula kepada pengurus jualan yang menyebabkan dokumen itu dihantar lewat. Api kemarahan membara, lalu di sound pengurus jualan kaw-kaw. Dipendekkan cerita, setiausaha yang tak reti hormat pengurus jualan , balik rumah , dihamburkan kemarahan kepada si isteri yang tak tahu apa-apa, tengah elok sahaja menghidang makanan untuk si suami. Si isteri pun tension tak hingga, 'apa punya laki', bentaknya dalam hati. Berantai pula hingga ke anak, nak dijadikan cerita lagi, eh ayat sama,..

Si anak datang menemui ibunya bertanya cantik ke tak lukisannya. Si ibu yang tengah hot dimarahi suami, memindahkan kepada anak pula. Sibuklah engakau wahai anak, orang tengah marah ni la kau nak tanya pasal lukisan bagai.


Dan akhirnya, kucing tadilah yang ditendang anak itu..huhuhu...bes baca Ustaz ni kait mengait. Moral of the story, andai salah sorang dapat menahan amarah, maka tak jadilah musibah berantai macam tadi. Tinggal kucing je tak tahu nak marah sapa.


Besarlah pahala sesiapa yang dapat menahan amarahnya. Baginda Rasulullah s.a.w pernah beberapa kali mengulangi pesanan yang sama, 'Janganlah kamu marah, janganlah kamu marah, jangan kamu marah...'


Bersambung kalau rajin.

Wednesday, November 16, 2011

C.i.n.t.a

Antara pepatah yang popular di facebook , 'cinta pada manusia, manusia akan mati, cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada Allah, kan kekal abadi'. Pastinya ramai rakan mengepost kan.

Cinta sesama manusia, sesuatu yang sukar di tafsirkan. Kadang mengkhayalkan. Sebab tu Allah bagi suruhan untuk berkahwin. Dan lepas kawin pulak, pastikan cinta pasangan masing- masing hanya kerana Allah. Dan ini termasuk salah satu cara bagaimana menyintai Allah.


Satu lagi kata-kata popular, 'aku menyintai mu kerana agama mu, hilang agamamu, maka hilanglah cintaku pada mu'.


Sesungguhnya, kita juga perlu menyemai cinta pada sesama Muslim, kerana Allah.


Perhatikan hadis berikut :



Di antara hamba-hamba Allah ada manusia yang tidak termasuk para Nabi dan juga para syuhada’, tetapi pada hari akhirat para nabi dan syuhada’ cemburu kerana kedudukan mereka di sisi Allah”.


Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, beritahu kami siapakah mereka?”.
Rasulullah menjawab; “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah dan bukan berdasarkan hubungan keluarga dan bukan kerana harta yang mereka saling berikan”.
“Demi Allah, muka mereka itu bercahaya. Mereka berada di atas cahaya. Tidak merasa takut ketika orang lain merasa takut. Tidak berdukacita pada saat orang lain berdukacita”.


Kemudian Rasulullah membacakan firman Allah dalam surah Yunus ayat 62: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah tidak merasa khuatir dan tidak pula bersedih hati”. (HR Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban)



Moga cinta sesama saudara Muslim semua akan terus tersemai kerana Allah s.w.t...

Wednesday, October 26, 2011

apabila non muslim bertanya....

Assalamualaikum,
SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM ..

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi....

Soalan 1)
Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Jawapan 1)
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.


Soalan 2)
Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Jawapan 2)
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha Mengetahuinya.


Soalan 3)
Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?

Jawapan 3)
Dalam banyak² kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "Siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka”


Soalan 4)
Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Jawapan 4)
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.


Soalan 5)
Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Jawapan 5)
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Ali-Imran, ayat 59.


Soalan 6)
Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?

Jawapan 6)
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'Aku' kata jamaknya 'Kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.


Soalan 7)
Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Jawapan 7)
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?


Soalan 8)
Sami Buddha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Jawapan 8)
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.


Soalan 9)
Sami Buddha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Jawapan 9)
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?


Soalan 10)
Sami Buddha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Jawapan 10)
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"


Soalan 11)
Sami Buddha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Jawapan 11)
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari² pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.


Soalan 12)
Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Jawapan 12)
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.


Soalan 13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari² sembah Kaabah.

Jawapan 13)
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari² pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!



Soalan 14)
Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul² juga?

Jawapan 14)
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.


Soalan² yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar² ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was² dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was² dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yang disampaikanpun tak perlu panjang² cukup sekadar ringkas dan padat


credit_http://qistinasumaiya.blogspot.com