Monday, November 29, 2010

Penulisan secara pukal

1) Mari kita sama-sama biasakan lidah kita untuk berkata benar. Sebab, orang yang berkata benar akan dibaguskan amalannya, diampuni dosanya termasuk orang yang mendapat kemenangan. Buktinya meh kita tengok kat surah Al Ahzab ayat 70 dan 71.

Ertinya: Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat - benar (dalam Segala perkara). Supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

Jom biasakan diri kita bercakap benar dan tidak berbohong. Dalam perjalanan Israk dan MIkraj, Rasulullah s.a.w tengok orang yang berbohong menggunting lidahnya sendiri. Kita sedangkan tergigit lidah sikit hilang selera makan seminggu. Adoii..

Kalau aku ada anak nanti, harap jangan diajari dengan berbohong. Contoh yang orang kita selalu cakap kat anak,” kalau ada orang call, cakap abah tak ada”. Contoh lain nak kelentong anak, “meh sini meh, ada cokelat” .Nabi sendiri melarang berbohong kat anak macam tu sebab Fatimah memanggil anaknya “mari sini, ada kurma”. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w yang juga berada disitu tahu disitu tiada kurma lalu mengatakan,” Jangan ajari anakmu berbohong”.

2) Mari kita amalkan bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid, 33 kali, dan bertakbir 33 kali dan diikuti dengan “La ila haillallah wahdahula syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa ‘ala kulli syai inqadiir” untuk mencukupkan seratus, maka dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih dilautan. Rasanya penah tulis dah kot dalam entry dulu-dulu.hehe

3) Akhir sekali, kalau kita nak ditolong Allah ketika susah, hendaklah kita tidak melupakanNya waktu kita senang.. sebagai manusia, selalu kalau kita dapat jalankan kehidupan kita dengan lancar, kita lupa nak bersyukur. Kita ingat bahawa kehidupan yang lancar itu bukan satu nikmat. Its wrong. Seharusnya kita selalu mengingati Allah. Semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah.

Jesteru waktu senang kita pun, kita kena ingat, bersyukur dan berdoa kepada Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesiapa yang ingin diperkenankan Allah doanya ketika dia susah dan berada dalam kesempitan, hendaklah dia banyak berdoa pada waktu senang.”

No comments:

Post a Comment