Thursday, November 25, 2010

Mendampingi Nabi di Syurga dan Kelebihan Istighfar

Cuba bayangkan Nabi ada bersama dengan kita.Mesti sangat indah perasaan kita..meskipun sekarang tak dapat kita gambarkan bagaimanakah rupa Nabi kesayangan kita.
Menurut satu hadis yang bermaksud, Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya :

" Perbanyakkanlah kamu sujud. Sebab tidaklah seorang muslim yang sujud satu kali kepada Allah melainkan Allah akan mengangkatnya satu darjat di syurga dan menghapuskan satu kesalahan daripadanya"

Jadi melalui penglupasan hadis tersebut, kita boleh naikkan darjat kita di syurga dengan memperbanyakkan solat-solat sunat sehingga kita dapat mendampingi Nabi di syurga kelak, InsyaAllah.

Ada satu riwayat, dari Rabiah bin Ka'ab Al-Aslami, beliau pernah tidur dirumah Rasulullah s.a.w ,dimana beliau menyediakan air wuduk dan kepentingan lain untuk baginda, maka baginda berkata kepada Rabiah,"Mintalah apa yang kamu mahu".
Rabiah menjawab bahawa beliau ingin menerimani Rasulullah s.a.w di syurga kelak maka jawab Rasulullah s.a.w "kalau begitu tolonglah aku untuk dirimu untuk memperbanyakkan sujud kepada Allah".



Next topic untuk renungan bersama...Kelebihan istighfar.

Tajuk ni teringat pulak lagu Wali Band, taubat maksiat. "cepat ucap Astaghfirullahal azim..."

Rasulullah s.a.w bersabda," beruntunglah orang yang menjumpai catatan amalnya nanti banyak istighfar".
Dan satu lagi sabda baginda," Sesiapa yang ingan digembirakan oleh catatan amalnya, maka hendaklah dia memperbanyakkan beristighfar dalam kitab catatan itu".

Istighfar bukan hanya amat diperlukan untuk menghapus dosa, akan tetapi dikira juga sebagai zikir. Perbanyakkanlah istighfar supaya kita termasuk orang-orang yang bergembira di padang masyar kelak.

Rasulullah s.a.w sendiri seperti yang disebutkan dalam hadis, tidak kurang dari 70 kali sehari beristighfar sedangkan baginda adalah maksum dan terpelihara dari dosa.
Bagaimana pula dengan kita yang terdedah dengan dosa setiap hari...

Sebenarnya, syaitan sangat kecewa dan misinya incomplete bila kita selalu istighfar, dengan syarat, bukan kita sekadar membaca, tetapi meresapi istighfar itu, sungguh-sungguh meminta ampun dari Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya syaitan berkata, " Demi kemuliaanMu wahai Tuhanku, aku akan terus menggoda hamba-Mu selama roh mereka masih ada dalam tubuh mereka." Allah SWT menjawab , "Demi kemuliaanKu, Aku akan terus mengampuni dosa mereka selama mereka mengucap istighfar kepada-KU".

Jadi, marilah kita semua tak luput istighfar dari mulut dan hati kita...InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment