Friday, May 21, 2010

Perlu ke?

Dalam subjek perdagangan,secara asasnya kita diajar tentang keperluan dan kehendak.
Contoh paling senang adalah seperti berikut:

Kaum lelaki gemar menoton bolasepak.Itu adalah keperluan kaum lelaki, kehendak mereka pula adalah menonton bolasepak sambil dihidang cikedis mahupun roti canai apatah lagi.he he

World cup pun dah semakin hampir..menontonnya adalah keperluan bagi aku, dan berjudi untuknya adalah kehendak bagi penjudi. Sesuai dengan keadaan semasa, nampaknya para penggemar judi sedang senyum sampai menyampah kalau kita tengok.Straight to the point,orang Islam yang meluluskan judi itu memang ngok.


Habis bicara soal dunia, ayuh ke perkampungan akhirat. Renung sejenak…disana nanti kita sangat menginginkan keperluan-keperluan amal kita tertentu untuk membantu kita.
Salah satunya, Abu Umamah r.a berkata, Nabi Muhammad S.AW bersabda, belajarlah kamu Al-Qur`an maka kelak di hari kiamat akan datang pada ahlinya,ketika sangat orang itu berkehendak kepadanya, lalu Al-Qur`an datang dalam bentuk seindah-indahnya, lalu bertanya:

Kenalkah kau kepadaku?

Orang itu menjawab: siapakah engkau?

Ia membalas: akulah yang kamu cinta dan kamu sanjung , bahkan kamu telah bangun malam untukkku, dan biasa membacaku pada siang hari.

Lalu orang itu dapat berkata: Kemungkinan kau Al-Qur`an.

Kemudian Al-Qur`an menuntun ahlinya itu mengadap Allah,dan Allah memberi ganjaran yang amat besar. Diceritakan disini bahawa Allah mengurniakan kerajaan yang kekal kepada pencinta Al-Qur`an, sedang di pasang mahkota kepada pencinta Al-Qur`an itu. Ditambah pula kedua ibu bapanya juga mendapat manfaat di mana akan dikurniakan perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walaupun berlipat ganda. Subhanallah…


Ketahuilah bahawa disana nanti kita amat memerlukan dan mengkehendaki amalan kita dapat membantu kita berhadapan dengan saat-saat getir…

No comments:

Post a Comment