Thursday, July 8, 2010

lelaki idaman...(bukan lagu melly goeslow)

Lelaki idaman adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah (bukan setakat dalam hati ada taman)
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam (bukan penghayatan pada lagu)
Yang sentiasa haus dengan ilmu (bukan hanya haus sirap atau jus jambu)
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar


Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu (bukan senyum menurut nafsu)
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan
Allah


Lelaki idaman adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya (mencarut jauh sekali)
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang ( ni baru ada taman)
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat
jembalang ( hantu mahupun pontianak harum sundal malam)


Lelaki idaman adalah lelaki yang menghormati ibunya (sayang sesangat)
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan (bukan pengamal ilmu sonsang)
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat ( remember..akhirat adalah SELAMA- LAMANYA..)


Lelaki idaman adalah sentiasa bersedia untuk menjadi imam ( tak lari pergi belakang)
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja (tak jeling tak kira siapa)
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya


Lelaki idaman adalah tidak pernah membazirkan masa ( bazir wang termasuk juga)
Matanya kepenatan kerana penat membaca ( bukan penat tonton bola..erkk)
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan


Lelaki idaman adalah sentiasa mengingati mati ( malaikat datang 70 kali sehari)
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga ( disiram dan dipelihara)
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baik punya baka
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari terakhirnya


Lelaki idaman adalah lelaki yang bertaqwa
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia ( tak berjudi piala dunia)
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa semua yang dekat dengannya bersama
Ke syurga yang indah tiada terkira. ( insyaAllah..)

No comments:

Post a Comment