Sunday, July 11, 2010

Benda bulat jadi kegilaan.....

Piala Dunia FIFA nk habis dah…Virus demam bola sepak tak la se’dangerous’ cam virus H1N1 yang perlukan vaksin nak mengubat.Tapi kalau dah ter ‘over’ amat la bahaya.

Even perlawanan di langsungkan kat Afrika Selatan,tapi dia punya aura dah merebak ke seluruh pelusuk dunia. Dalam kerancakan perlawanan bola sepak ada gak yang ambik kesempatan. Klinik swasta contohnya sanggup jual cuti sakit (MC) kat kaki2 bola. Ada gak yg terlibat dalam judi bola. (Astaqfirullah)..

Pastu bila menonton bola, mesti ada yg nk cari gaduh,merusuh,bagi rosak harta benda,baling2 botol,objek2 lain..Bayangkanlah kalau terkena kepala org lain,budak2 ka,org tua ka...Yang mulut tak diam,ringan ja mulut maki hamun ,sembur sana sini dgn kata2 yg menyakitkan hati…Fanatik ka ni???

….Bola oh Bola… Kita mengantuk di pejabat..
….Kerana bola… Kerja kita xbuat pun xpa…Nanti2 boleh buat (Menangguh)
….Wahai bola… Kita seronok bersorak dengan kawan2 di kedai mamak. Isteri,anak makan ka x…Biar lah…

Sebenarnya, tak ada salah pada sukan bola sepak..Yang salahnya KITA..sbb xpandai nak urus minat bola sepak dgn baik.Malah, Islam sendiri menggalakkan umatnya bersukan. Minda cerdas lahir dari badan yang cergas. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “ Orang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada orang mukmin yang lemah.”

Islam itu indah..Islam itu suka pada kesederhanaan termasuk dalam bersukan dan berhibur.. Oleh itu…

BILA kita ghairah nak tgk live perlawanan bola kat rumah..PASTIKAN kerja di pejabat selesai dan sempurna.

BILA kita jadi ‘pemurah’ belanja makan minum sahabat handai di kedai mamak…PASTIKAN dulu anak dan isteri kat rumah tidak tidur dalam keadaan lapar.

BILA pasukan anda kalah..PASTIKAN tangan,mulut terkunci. Jauh di sudut hati,redha ja lah..

Semoga kita tergolong dalam org2 yg sederhana…~Selawat~

No comments:

Post a Comment