Thursday, July 29, 2010

bukan paham sangat pun, tp bunyi macam syahdu.

aku dengar lagu ni tiba- tiba kluar melalui winamp yang telah aku programkan untuk bermain musik secara shuffle (random).

ayat paling menusuk...`ku bimbang seandainya, tiada lagi buatku, suatu hari menjelma, bernama esok......`

here the full lyric.


Kusandarkan lelah
Di sayap malam merebahkan minda
Membius keharuman dunia
Nan berselirat di relung jiwa

Kucuba lelapkan semua indera
Namun tak berdaya
Sejuta keresahan melanda
Tak membenarkan sepicing lena

Diriku bak cericau
Terpenjara di sangkar dosa
Daun pintunya sentiasa terbuka
Melunak kebebasan

Ya Rabbal Izzati
Kembalikan aku ke dalam diriku semula
Agar sempat untuk bersuara
Lafaz taubat nasuha

Ku bimbang seandainya tiada lagi buatku
Suatu hari menjelma bernama esok
Kuragui seandainya tidak sempat untukku
Menghirupi bayu walau sehela cuma

Kuhanyutkan sisa
Dengan tadahan tangan penuh luka
Mengharap keredupan pawana
Langit akhirat terbentang megah



hijjaz~ke dalam diri



buat renungan

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan Demi Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (QS Al An’aam (6) ayat 32).

No comments:

Post a Comment