Wednesday, September 1, 2010

harga untuk ke syurga bukanlah murah

Tiba-tiba aku teringat satu ayat ni, `harga untuk ke syurga itu bukanlah murah`…


Gerun….:’(ye lah, amalan yang telah aku buat apa lah sangat berbanding orang lain.Adakah rahmat Allah akan datang pada diri untuk malayakkan diri ini ke syurga Mu yang kekal abadi ya Allah…aku sangat gerun terfikirkan kehidupan disana adalah selama- lamanya…aku ulang lagi…SELAMA-LAMANYA...means infiniti..sudah tiada garisan penamat..hiduplah kat sana atas apa yang kita lakukan kat dunia yang sementara ni…sebab itu, terimalah kekalahan, ujian apapun di muka bumi ini, asalkan kita tetap bertaqwa kepada Allah, untuk menerima kemenangan abadi kat sana kelak.


Kita selalu sangat alpa dengan kehidupan dunia ni..macam kisah yang dipost satu ketika dulu. Malaikat maut sentiasa menziarahi kita, tapi kealpaan pada lazatnya dunia sering buat kita terleka.
Kita bukanlah ditegah langsung untuk berseronok, tetapi elemen berpada-pada sangat perlu dititik beratkan. Sesungguhnya kita amat senang hanyut dengan keseronokan dunia. Mujurlah Allah tetap sayang, kadang kala diberi ujian agar kita sedar dunia ini hanya sementara. Kita akan kembali padanya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah dirimu dan keluargamu dari Neraka, sedangkan bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Neraka itu dijaga oleh malaikat-malaikat yang kasar dan keras. Mereka sama sekali tidak pernah durhaka pada Allah dan melaksanakan apa saja yang diperintahkan pada mereka”.

No comments:

Post a Comment