Sunday, September 12, 2010

RAYA DAN MAKAN


Ini merupakan hari raya keempat. masih ada lagi rumah terbuka walaupun ada dikalangan kita yang mula bekerja pada hari ni. aku nak cerita dan remind diri aku sendiri pasal makan.ya, makan dan raya seperti kembar seiras. post ini adalah kerana ada dikalangan orang terdekat dengan aku dah kena penangan akibat makan terlebih. sindrom rambang mata tengok macam-macam makanan.

Meh kita tengok kandungan kalori dalam beberapa jenis makanan yang lazim kita jumpa kat rumah orang pada hari raya.
Eh terlebih dahulu, for general information, lelaki memerlukan lebih kurang 2200 kalori, kaum perempuan pulak, 1800 kalori. kalau lebih memang saja tak mahu nak sihat la tu.

ok lets go through.

Rendang Daging ( 4 ketul hidangan) = 355 kalori
Ketupat Daun Palas ( 1 ketul) = 216 kalori
Lemang (6 potong kecil) = 206 kalori
Nasi impit (6 ketul) bersama kuah kacang = 400 kalori
Minuman bergas 1 cawan = 151 kalori


Hah..makanan kadar diatas, diambil pada kehadiran kita hanya pada satu rumah. Kalau sehari 8 rumah? okeylah, kurang sikit, 5 rumah? kan kan.


Sebagai kesimpulan, hadkan pemakanan anda demi kesihatan hari seterusnya.

Kita imbas sikit cara Rasulullah S.A.W makan.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Rasulullah S.A.W juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

`badan cergas, minda cerdas` cewah, macam Dr Fadzilah Kamsah aku rasa.

No comments:

Post a Comment