Wednesday, September 8, 2010

selamat tinggal ramadhan, selamat datang syawal.


Mengikut pengumuman penyimpan mohor besar raja- raja semalam, Jumaat, 10 september kita akan sambut hari raya. Jadi ini lah ramadhan terakhir untuk 1431H..doa-doa kita dipanjangkan umur untuk berjumpa ramadhan yang akan datang. Dapat rasa suasana ada buah kurma, murtabak dan bazar ramadhan.Maghrib nanti, tibalah masa kita konvokesyen untuk madrasah ramadhan kali ini. Apakah CGPA kita? soalan yang menggerunkan. Moga-moga Allah limpahkan hidayah keampunan untuk kita semua.

Malam nanti, takbir akan berkumandang memecah suasana...meremang bulu roma. KeagunganNya terasa menggetar jiwa.

Disudut lain pula, yang belum beli baju raya lagi pasti ada. Saat inilah uptown di Bandar Perda berdekatan rumah ku pasti rancak dikunjungi umat manusia. Kuih raya akan jatuh pada harga yang semurah beli kuaci. emm baju raya aku tak pasti.Yang pasti, kita semua berusaha untuk tampil serba baru di pagi raya seperti yang disunatkan. Jom kita sama- sama menzahirkan kemaafan pada pagi besok, insyaAllah. Jangan lupa pergi solat Aidilfitri, jamah makanan dulu sebelum ke masjid, itu sunat, sebab menandakan kita sudah tidak berpuasa pada hari itu. Bergembira seadaannya tanpa melupakan yang Esa.


Akhir kata, selama hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. =)

No comments:

Post a Comment