Tuesday, October 19, 2010

final exam

alhamdulillah....aku bakal menduduki peperiksaan akhir dalam masa beberapa hari lagi...harap-harap dengan keizinanNya dapat lulus semua dengan baik. aku jugak mendoakan sekalian rakan-rakanku turut berjaya jua. tahun depan grad sama- sama wei....:)

dalam masing-masing sibuk mempersiapkan diri..aku nak ingatkan diri dan kita semua agar jangan lupa bahawa setiap usaha dan kejayaan yang datang hadir dari Allah jua...

jesteru meh la kita amal surah-surah pendek, doa penerang hati,amalkan membaca bismillah, ayatul kursi dan ayat seribu dinar sebelum start menulis.

nak kongsi sikit kelebihan ayat seribu dinar...

kita tengok dulu maksud ayat tersebut yang mana terdapat dalam surah al- Talaaq ayat 2 dan 3.

{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

KELEBIHANNYA:

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan


So, bila kita blur time exam, sila la amalkan. :).

ini atas nasihat salah seorang pensyarah aku jugak.hehe


bit taufiq wannajah semua.....:)


Friday, October 8, 2010

we belong to Allah

bila setiap insan yang kita sayang sorang-sorang dipanggil kembali, ingatlah, disisi kita tetap ada Allah...dan disisi mereka di doa ada Allah bersama..

bila sorang demi sorang mula bosan dengan kita sebab kita tidak mengikuti peredaran dunia yang sementara ni..ingatlah, kita masih ada Allah..tuan punya dunia..

bila dunia mula menjauhi kita kerna selalu kita terbayangkan akhirat, tiada apa yang perlu kita sedihkan...

tapi sedihlah jika akhirat yang menjauhi kita kerna asyik merasa enaknya dunia...

sedihlah jika kita selalu bersama dalam golongan yang terpancar di mata hanya dunia...

teringat satu cerita, nabi berpesan jika kita dekat dengan penjual arang, maka berbau aranglah kita...dan jika dekat dengan penjual minyak wangi..maka wangi lah kita.

harap kita semua berada dalam redha Ilahi..
Amat takut memikirkan usia dunia yang sudah terlalu tua..tapi kita sering `memudakannya`...

Thursday, September 30, 2010

mari tenangkan hati.

dalam keadaan assignment sangat membebankan, test, quiz dan projek datang tanpa belas kasihan, hati dan otak automatik jadi kusut jugak. tapi bak kata pakar- pakar, its means you are normal person.

bila kusut, jom kita sama-sama praktis untuk zikrullah..insyaAllah hati akan menjadi lebih tenang kerana dalam firman Allah, '..ingatlah,dengan mengingati Allah hati menjadi tenang'.

Selain itu , boleh jugak praktis 5 perkara ni,
Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Friday, September 24, 2010

menyusuri nikmat

semalam terdengar ceramah ustaz kazim elias, baru rasa tersedar, selama ni duk tercari-cari nikmat besar apa yang Allah kurniakan kat kita. Padahal, nikmat-nikmat yang kecil kalau kita fikir balik, subhannallah, susahnya kalau tak da. jom tengok contoh yang paling senang, apa akan jadi kalau kita tak boleh menelan air liur. sengsara kan.meleleh ja tanpa sedar. then bayangkan la pulak kalau kita tak boleh kedip mata...ha..terbeliak la..habuk mai pun silakan je masuk..
perkara-perkara macam tu, kita tak rasa bersyukur, sebab duk ada..cuba Allah tarik balik, baru la rasa nikmat sangat kalau boleh kedip mata, contohnya.

Then, kalau contoh yang lagi besar, nikmat mempunyai ibu bapa. kalau sesapa masih ada keduanya..rasa macam biasa ja....cuba kalau kedua-duanya dah tak da, baru la nak rasa nikmatnya ada ayah dan bonda...

Jangan lupa doakan untuk kedua ibu bapa kita sama ada yang masih ada atau pun telah pergi.

Sunday, September 12, 2010

RAYA DAN MAKAN


Ini merupakan hari raya keempat. masih ada lagi rumah terbuka walaupun ada dikalangan kita yang mula bekerja pada hari ni. aku nak cerita dan remind diri aku sendiri pasal makan.ya, makan dan raya seperti kembar seiras. post ini adalah kerana ada dikalangan orang terdekat dengan aku dah kena penangan akibat makan terlebih. sindrom rambang mata tengok macam-macam makanan.

Meh kita tengok kandungan kalori dalam beberapa jenis makanan yang lazim kita jumpa kat rumah orang pada hari raya.
Eh terlebih dahulu, for general information, lelaki memerlukan lebih kurang 2200 kalori, kaum perempuan pulak, 1800 kalori. kalau lebih memang saja tak mahu nak sihat la tu.

ok lets go through.

Rendang Daging ( 4 ketul hidangan) = 355 kalori
Ketupat Daun Palas ( 1 ketul) = 216 kalori
Lemang (6 potong kecil) = 206 kalori
Nasi impit (6 ketul) bersama kuah kacang = 400 kalori
Minuman bergas 1 cawan = 151 kalori


Hah..makanan kadar diatas, diambil pada kehadiran kita hanya pada satu rumah. Kalau sehari 8 rumah? okeylah, kurang sikit, 5 rumah? kan kan.


Sebagai kesimpulan, hadkan pemakanan anda demi kesihatan hari seterusnya.

Kita imbas sikit cara Rasulullah S.A.W makan.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Rasulullah S.A.W juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

`badan cergas, minda cerdas` cewah, macam Dr Fadzilah Kamsah aku rasa.

Wednesday, September 8, 2010

selamat tinggal ramadhan, selamat datang syawal.


Mengikut pengumuman penyimpan mohor besar raja- raja semalam, Jumaat, 10 september kita akan sambut hari raya. Jadi ini lah ramadhan terakhir untuk 1431H..doa-doa kita dipanjangkan umur untuk berjumpa ramadhan yang akan datang. Dapat rasa suasana ada buah kurma, murtabak dan bazar ramadhan.Maghrib nanti, tibalah masa kita konvokesyen untuk madrasah ramadhan kali ini. Apakah CGPA kita? soalan yang menggerunkan. Moga-moga Allah limpahkan hidayah keampunan untuk kita semua.

Malam nanti, takbir akan berkumandang memecah suasana...meremang bulu roma. KeagunganNya terasa menggetar jiwa.

Disudut lain pula, yang belum beli baju raya lagi pasti ada. Saat inilah uptown di Bandar Perda berdekatan rumah ku pasti rancak dikunjungi umat manusia. Kuih raya akan jatuh pada harga yang semurah beli kuaci. emm baju raya aku tak pasti.Yang pasti, kita semua berusaha untuk tampil serba baru di pagi raya seperti yang disunatkan. Jom kita sama- sama menzahirkan kemaafan pada pagi besok, insyaAllah. Jangan lupa pergi solat Aidilfitri, jamah makanan dulu sebelum ke masjid, itu sunat, sebab menandakan kita sudah tidak berpuasa pada hari itu. Bergembira seadaannya tanpa melupakan yang Esa.


Akhir kata, selama hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. =)

Friday, September 3, 2010

Tanda-tanda kita belum merdeka

aku tetap post berkenaan merdeka walaupun dah beberapa hari berlalu.


1)solat masih lagi di hujung-hujung waktu.
belum merdeka sebab masih menanangguh nangguh solat,..belum merdeka dari jajahan television yang menyiarkan rancangan tempatan mahupun indonesia.serta dari eksploitasi minda yang mengatakan tidur itu lebih penting.ekk.

2)Mengumpat mengeji dah jadi makanan harian yang enak.
enak sunnguh, penuh berkrim.cezz..ini maksudnya belum merdeka dari kesedapan mengata orang lain, mengeji dan menghina.nauzubillah. orang macam ini kena hayati surah al-humazah.

3)Takbur dan bangga diri dengan kejayaan yang baru secubit dua.
tahukan kalian secubit dua itu macam mana.tahu bukan...tak bermakna jugak kalau kejayaan empat lima cubit, tak pun dah empat genggam, kita boleh bangga diri..oh tidak...sesungguhnya semua kejayaan itu datang dari Allah..bukan diri kita.jadi, ayuh merdeka kan diri dari perasaan ujub dan bangga diri.

4)Cemburu dengan apa yang orang lain ada.
cemburu atau bahasa lain, tak senang duduk dengan apa yang orang lain ada, menandakan anda belum merdeka dari perasaan buruk itu. ikhlaskan lah hati, redha dengan apa yang ada dengan kita selain berusaha untuk mendapat rezeki yang dijanjikan Allah, insyaAllah hidup kita akan tenang dan merdeka...



akhir sekali, aku teringat sorang ustaz cakap, `kemerdekaan yang sebenar adalah apabila kita dijauhkan dengan api neraka dan di masukkan ke syurga`...
AMIN......