Bagaimana nk jadikan tidur itu satu ibadah..Senang sahaja..Tidurlah kamu mengikut adab-adab selaras dgn sunah Nabi s.aw..Ha begitulah..Tapi bagaimana? Begini……..Ikut langkah2 di bawah:
Sebelum tidur:
1. Jaga makan minum
•Jgn mkn berlebihan sebelum tido..Jgn terlalu kenyang..Perut 2 jgn full…Ni ley sbbkn kita cpt mengantuk atau sukar utk lelapkn mata..
•Solusi: Ambil makanan xterlalu berat dan jgn mkn lewat. Waktu mkn yang baik ialah sebelum pukul 7.00 malam.
2.Elakkan tidur lewat
•Bila menyegerakan tidur, so dapat bntu kita bagun awl..Xla terlajak subuh nanti ..Xpayah wat ‘subuh gajah’.. Tidur lewat tanpa ada urusan penting kena elakkan.. Salah seorg sahabat Rasulullah s.a.w bernama Abu Barzah prnah berkata. “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w membenci tidur sblum Isyak dan bersembang-sembang (tidak bermanfaat) selepasnya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)..( Astaqfirullah..Aku kena ubah tabiat ni..Kena pastikan rehat ja pas maqrib..Jgn pai lena..)
•Mengapa???? Tidur sebelum Isyak blh wat kita terlepas terus solat Isyak..sama gak klu sembang2 selepasnya blh buat kita kita susah nk bgun malam (beribadah kpdNya) atau bgun awal esoknya.
3.Membaca beberapa surah Al-Quran.
•Rasulullah s.a.w akn baca surah Al-sajadah,Al-Mulk, dan beberapa surah lain sebelum tidur. Mungkin ayat ini terlalu panjang utk diamalkan.. Islam itu agama mudah..klu kita amalkan baca ayat kursi & 3 Qul plus dgn zikir Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali & Allahuakbar 34 kali sdh memadai..Jadikanlah ayt Al-Quran dan zikir itu peneman kita.. Syaitan pun xberani dekat..
4.Bertaubatlah sebelum tidur.
•Bermuhasabahlah diri sblum tidur..Soalkan diri kita…Hari ni ada buat salah x dgn siapa2? Melukan hati siapa2 x? Ada terambil brg org lain x? .. Maafkanlah org lain dan pergilah minta maaf klu terbuat salah..Kembalikan harta org lain klu kita terambil..
•Ringan2kan diri buat solat taubat..Mohonlah keampunan kepadaNya ats dosa2 yg sedar mahupun tidak yg tlh kita lakukn pd hri tersebut.. Bersiaplah..Mungkin kita menemuiNya ketika tidur..
5.Tidur di tempat yg bersih dan terlindung.
•Biasakan tidur di bilik tidur..Jgn tidur di ruang tamu atau beranda rumah klu ada especially perempuan. Ni utk elakkn bahaya.. bilik tidur ibu bapa perlu sentiasa berkunci bg elak ank2 masuk tanpa izin. If yg berfamili, didik ank utk ketuk bilik sblum diizinkan masuk.
•Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Wahai org yg beriman,hendaklah hamba2 kamu dan org belum baligh antara kamu meminta izin kpd kamu (sebelum msuk ke bilik kamu) dlm 3 masa iaitu sblum Subuh, ketika kamu mmbuka pakaian kerana kepanasan tgh hari & sesudah Isyak.” (Surah al-Nur 24:58)
6.Pisahkan tempat tidur anak2 lelaki dan perempuan
•Islam menitikberatkn soal maruah dan aurat ank2 dlm rumah. At least, kena ada 3 bilik satu rumah..1 utk parents, 1 utk ank2 lelaki, dan 1 lgi utk ank2 perempuan. If ada org gaji, sediakn bilik utknya..Jgn bg dia duduk kt stor yg penuh dgn brg2..
7.Posisi Tidur
•Biasakan tidur di ats bahagian tubuh sebelah kanan pada awl tidur. Ini adalah sunah Rasulullah s.a.w. Ada disebut dalam sebuah hadis. Sabda baginda: “……Kemudian berbaringlah di ats bahagian tubuh sebelah kanan.”
•Elakkn tidur telungkup atau meniarap. Baby pun xleh tidur meniarap. Di Amerika,25% baby mati sbb ibu depa bg depa meniarap time tidur..Meniarap sbbkan paru2 tersekat semasa bernafas.. Rasulullah s.aw. pernah menegaskan “ Sesungguhnya cara tidur seperti ini tidak disukai Allah” (Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi,Ibn hibban & Al-Baihaqi)
• Klu tidur di ats bhgian tubuh belah kiri lak boleh mghimpit kedudukan jantung sampai peredaran darah terganggu dan darah xsampai otak..Bahaya2..
8.Sumber Lampu yg selamat.
•Memadamkan lampu dan sumber api termasuk sunah Nabi s.a.w. Sumber api rujuk kpd lampu2 yg dinyalakn guna gas atau minyak. Kan ada kes rumah terbakar sbb api pelita,ubt nyamuk dn litr pintas.
•Lagi satu risau klu2 ada haiwan yg lalu kat sumber2 api ni..Contohnya tikus.. Rasulullah s.a.w bersabda “ Jika kamu tidur, maka padamkanlah lampu2. Ini kerana syaitan akn menunjukkn haiwan2 seperti tikus utk menyentuh lampu tersebut lalu membakar kamu. “ (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
• Kita yg guna eletrik pun berhati2 ya…
Time bangun tidur.
1.Bacalah doa “Segala puji bagi Allah yg tlh menghidupkan kami sesudah mematikan kami.KepadaNya kami akn dibangkitkan,”. Dan bangun buat solat subuh..Jgn bca doa then tido balik lak..Bersyukur sbb dihidupkan ja,solat tak mau buat..Uish…Xbaik2..
2.Kalau liat gak bangun..Sebenarnya syaitan tengah memujuk dgn bisikkan manja ,”Tidurlah ,malam masih panjang.” .. Rasullullah s.a.w bersabda” Syaitan akn mengikat hujung kepala seseorg dgn 3 ikatan, menyebbkn kamu tidur cukup lama. Apabila kamu bangkit seraya menyebut nama Allah,maka terlepaslah ikatan pertama. Apabila dia berwuduk, maka terlerailah ikatan kedua. Dan apabila dia solat maka terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akn merasakan suatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia akn berasa malas dan kusut hati,” (Riwayat al-Bukhari)
So,pas ni jadikan tidur kita satu ibadah… Amalkanlah perkara2 di atas..Xrugi..Moga kita beroleh berkat dari Nya..Ya Allah, dari Engkau kami datang,kepada Engkau kami kembali..Jadikanlah kami hamba yg setiasa berada di bwh keredhaan Mu……Ameen… Selamat beramal…Jom tido…=)
Thursday, February 24, 2011
Sunday, February 13, 2011
MUSIM APAKAH SEKARANG?
Kita hidup di satu dunia di mana Allah ada jadikan beberapa perkara yang mengikut musim untuk kita. Contoh? Allah ada jadikan 4 musim di negara-negara tertentu. Alangkah indahnya ciptaan Ilahi dengan adanya musim panas nan cerah, salji nan memutih, bunga yang mengembang dan musim luruh yang ala-ala romantik.
Hehe aku teringat pulak pengarah drama korea yang pandai jadikan 4 musim itu sebagai judul drama-dramanya..anda tahu bukan? Seperti Winter Sonata,Autumn In My Heart, lagi dua aku tak tahu tapi kawan aku kata ada lagi dua musim tu.Kalau dia tipu aku, bukan bermakna aku tipu korang sekalian ok?.
Buah-buahan juga ikut musim. Bolasepak adalah musim ciptaan kita. Ada juga musim melalaikan seperti musim rancangan realiti TV. Musim kawin pula berat badan kita akan bertambah.
Selain itu sakit juga kadang-kadang datang bermusim kan. Kadang-kadang tu berturut-turut datang demam kat ahli keluarga kita.
Namun yang demikian, ada beberapa perkara yang kita tak harus pandai-pandai menjadikan musim. Contoh? Dalam beribadah...aku pasti kita dah terbayang bulan Ramadan kan..Waktu itu kita baik, suci bersih sungguh hati kita. Nak lakukan dosa selalu terbayang bahawa kita tengah berpuasa, takut pula pahala kurang. Yang wanita di bulan inilah aurat ditutup rapi, tudung dikepala...tapi datangnya Syawal dan seterusnya...??
Begitulah kita..jadikan perkara yang patut dijadikan rutin sebagai bermusim. Ok mari kita tengok point paling penting dalam tajuk musim ini, ia adalah, kematian, Allah tidak jadikan bermusim! Maka beringatlah kita sebelum pergi...
Thursday, February 3, 2011
Bersangka Baik
Kita sebagai umat Islam, kena bersangka baik..
Aku suka tengok video ceramah Ustaz Kazim baru-baru ni,(tapi aku rasa video tu dah agak lama, aku je baru nak tgk.) cerita pasal kematian Arwah Sosilawati jutawan kosmetik.
Betul Ustaz tu kata,ramai mencemuh arwah kerana mati dalam tak bertudung, mati dalam keadaan tak ada jasad. Sebenarnya tak boleh macam tu..kita kerana bersangka baik kepada orang Islam yang lain. Aku ada pernah baca bahawa kalau kita bersangka baik pada seseorang meskipun dia jahat, Allah akan menghantar satu malaikat untuk memperbetulkan sikap orang itu.
Okey balik pada kes tadi, betul jugak, Arwah masa diikat mata, diacu pisau..mestilah ingatkan mati kan. Kita pun mesti la macam tu...nak ingat apa lagi masa-masa macam tu...melainkan Allah...ingat bertaubat...Dan sesiapa yang mengingati Allah (mengucap) semasa mati kan di ampunkan dosa-dosanya..
Eh apa kes aku komen cerita-cerita agak lama ni, huhu..bukan apa, kes masih lagi berjalan dan kita doakan pembunuhnya mendapat hukuman yang setimpal.
Buat saudara seakidah kita di bumi Mesir, mari kita doakan mereka aman kembali dan digantikan pemerintah yang adil dan mengutamakan hukum Allah...
Allahuakbar.
link video. http://www.youtube.com/watch?v=y6umbaxna0k

Friday, January 28, 2011
MENYUSURI NIKMAT YANG KITA TAK SEDARI
Buku baru yang aku baca , 'nampak biasa tetapi luarbiasa' memang boleh bagi kesedaran kat kita bahawa nikmat yang Allah bagi tapi langsung kita tak anggap sebagai nikmat.
Meh tengok dua contoh mudah. Buku ni pon duk bagi contoh mudah-mudah sahaja. Supaya otak kita ringan berfikir secara santai dah buat kita bersyukur...
1)Suara.
Setiap manusia mempunyai suara yang berlainan...biasa la tu kan?..
tak..fikir sejenak, nikmat sangat tu...cuba kalau Allah bagi semua manusia suara yang sama...misalnya, suara lelaki lembut seperti wanita, ataupun suara wanita garau seperti lelaki...hehe...huru hara jadinya.
Sebagai contoh kalau si isteri tunggu kepulangan suami di rumah..dengar suara suami bagi salam pun dah boleh meneka itu suaminya...tidak perlu keliru dengan suara jiran.hehe.
2) Anggota badan berpasangan dengan yang tidak berpasangan ..
Allah jadikan anggota badan kita dengan sempurna untuk menjalankan pelbagai fungsi.
Ada berpasangan seperti kaki, tangan, mata, telinga, paru-paru dan buah pinggang...
Tapi ada juga anggota yang tiada pasangan..mulut contohnya.
Okey cuba kita fikirkan, kenapa ya..jawapannya mudah.Satu mulut pun manusia lakukan pelbagai dosa menggunakannya...fitnah,caci,herdik, dusta...apatah lagi kalau ada dua mulut...
Allahuakbar.....

Sunday, January 23, 2011
Dua alam?
Kita berada di fasa di mana kita menjalani hidup di alam dunia.
Fasa selepas ini adalah alam kubur. Bersediakah kita??
Meh kita kongsi satu riwayat.
Uthman r.a apabila berdiri diatas kubur beliau berdiri sehingga basah kuyup janngutnya, lalu ditanyakan kepadanya : Engkau bila disebutkan mengenai syurga dan neraka tetapi tidak menangis, namun engkau menangis kerana melihat kubur? Uthman berkata, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda,
“sesungguhnya kubur adalah tempat tinggal manusia di akhirat, sesiapa yang selamat daripadanya, maka seterusnya mudah, dan sesiapa yang tidak selamat daripadanya, maka setelah itu adalah lebih teruk.”
Oleh itu, mari kita pikirkan nasib kita di kubur kelak. Moga rahmat Allah sentiasa bersama kita.
Dan meh kita tengok secara ringkas antara dosa- dosa yang menyebabkan manusia diseksa didalam kubur, yang mana kadang- kadang kita anggap enteng barangkali.
1) Tidak bersuci daripada hadas kecil.
2) Memohon pertolongan daripada orang mati. (memuja mayat).
3) Hutang

Saturday, January 15, 2011
Mencari rezeki di dunia
1) Alhamdulillah...Allah bukakan pintu rezeki buatku. Masuk fasa baru dalam hidup ni, baru mata terbukak luas pandang sekeliling di mana orang ramai bekerja keras mencari rezeki. Dari awal pagi, moto berasak- asak nak masuk ke feri, menandakan semangat nya orang tu nak punch cardnya tak da warna merah. Aku rilek. Aku tak perlu laju-laju kerana aku takut muatan feri penuh dan aku terpaksa berpatah balik untuk beratur dengan perasaan malu.
2)Saja aku menulis untuk menyatakan persamaan dan perbezaan antara kerja dan belajar. Sebenarnya, ia different dengan belajar di universiti, tapi tidaklah totally different.
Napa?
a) Sebab pertama, tempat kerja jugak menuntut kita untuk mempelajari ilmu. Ada bakat jadi lecturer manager aku tu.
b) Kalau- kalau buat salah. Di U, salah kita akan dipotong markah...Tempat kerja, oh, aku belum lalui..hehe..harap-harap tak kena potong gaji.
Bab gaji pulak, ingatlah bahawa Allah sentiasa memerhati. Harus guna dijalan yang diberkati. Aku suka dengar ayat ni, 'duit yang kita sedekahkan itu yang benar-benar jadi kepunyaan kita, tetapi duit yang ada di tangan kita bukanlah hak milik kita'..Benar kan?
Dan ingatlah lagi selepas kita bersedekah, Allah akan melipatgandakan rezeki kita...itu janjiNya..

Friday, January 7, 2011
Sapa yang akan mula-mula memasuki syurga?
Dari Anas bin Malik r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, “di hari kiamat aku menuju pintu syurga dan meminta penjaganya agar membukakan pintunya, maka bertanyalah penjaga itu ,
: “Siapakah anda yang mengetuk pintu ini? Aku menjawab ‘Muhammad’!. Penjaga menyahut, ‘Atas tuan perintahkan, dan tidaklah hamba membuka bagi yang lain sebelum tuan’.
Salawat dan salam atas junjungan besar Nabi kita….

Subscribe to:
Posts (Atom)