Thursday, February 3, 2011

Bersangka Baik

Kita sebagai umat Islam, kena bersangka baik..
Aku suka tengok video ceramah Ustaz Kazim baru-baru ni,(tapi aku rasa video tu dah agak lama, aku je baru nak tgk.) cerita pasal kematian Arwah Sosilawati jutawan kosmetik.

Betul Ustaz tu kata,ramai mencemuh arwah kerana mati dalam tak bertudung, mati dalam keadaan tak ada jasad. Sebenarnya tak boleh macam tu..kita kerana bersangka baik kepada orang Islam yang lain. Aku ada pernah baca bahawa kalau kita bersangka baik pada seseorang meskipun dia jahat, Allah akan menghantar satu malaikat untuk memperbetulkan sikap orang itu.

Okey balik pada kes tadi, betul jugak, Arwah masa diikat mata, diacu pisau..mestilah ingatkan mati kan. Kita pun mesti la macam tu...nak ingat apa lagi masa-masa macam tu...melainkan Allah...ingat bertaubat...Dan sesiapa yang mengingati Allah (mengucap) semasa mati kan di ampunkan dosa-dosanya..


Eh apa kes aku komen cerita-cerita agak lama ni, huhu..bukan apa, kes masih lagi berjalan dan kita doakan pembunuhnya mendapat hukuman yang setimpal.


Buat saudara seakidah kita di bumi Mesir, mari kita doakan mereka aman kembali dan digantikan pemerintah yang adil dan mengutamakan hukum Allah...
Allahuakbar.

link video. http://www.youtube.com/watch?v=y6umbaxna0k

3 comments: