Monday, November 29, 2010

Penulisan secara pukal

1) Mari kita sama-sama biasakan lidah kita untuk berkata benar. Sebab, orang yang berkata benar akan dibaguskan amalannya, diampuni dosanya termasuk orang yang mendapat kemenangan. Buktinya meh kita tengok kat surah Al Ahzab ayat 70 dan 71.

Ertinya: Wahai orang-orang Yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan Katakanlah perkataan Yang tepat - benar (dalam Segala perkara). Supaya ia memberi taufiq Dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah) sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka Sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

Jom biasakan diri kita bercakap benar dan tidak berbohong. Dalam perjalanan Israk dan MIkraj, Rasulullah s.a.w tengok orang yang berbohong menggunting lidahnya sendiri. Kita sedangkan tergigit lidah sikit hilang selera makan seminggu. Adoii..

Kalau aku ada anak nanti, harap jangan diajari dengan berbohong. Contoh yang orang kita selalu cakap kat anak,” kalau ada orang call, cakap abah tak ada”. Contoh lain nak kelentong anak, “meh sini meh, ada cokelat” .Nabi sendiri melarang berbohong kat anak macam tu sebab Fatimah memanggil anaknya “mari sini, ada kurma”. Akan tetapi, Rasulullah s.a.w yang juga berada disitu tahu disitu tiada kurma lalu mengatakan,” Jangan ajari anakmu berbohong”.

2) Mari kita amalkan bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid, 33 kali, dan bertakbir 33 kali dan diikuti dengan “La ila haillallah wahdahula syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa ‘ala kulli syai inqadiir” untuk mencukupkan seratus, maka dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih dilautan. Rasanya penah tulis dah kot dalam entry dulu-dulu.hehe

3) Akhir sekali, kalau kita nak ditolong Allah ketika susah, hendaklah kita tidak melupakanNya waktu kita senang.. sebagai manusia, selalu kalau kita dapat jalankan kehidupan kita dengan lancar, kita lupa nak bersyukur. Kita ingat bahawa kehidupan yang lancar itu bukan satu nikmat. Its wrong. Seharusnya kita selalu mengingati Allah. Semua yang berlaku adalah atas kehendak Allah.

Jesteru waktu senang kita pun, kita kena ingat, bersyukur dan berdoa kepada Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesiapa yang ingin diperkenankan Allah doanya ketika dia susah dan berada dalam kesempitan, hendaklah dia banyak berdoa pada waktu senang.”

Thursday, November 25, 2010

Mendampingi Nabi di Syurga dan Kelebihan Istighfar

Cuba bayangkan Nabi ada bersama dengan kita.Mesti sangat indah perasaan kita..meskipun sekarang tak dapat kita gambarkan bagaimanakah rupa Nabi kesayangan kita.
Menurut satu hadis yang bermaksud, Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya :

" Perbanyakkanlah kamu sujud. Sebab tidaklah seorang muslim yang sujud satu kali kepada Allah melainkan Allah akan mengangkatnya satu darjat di syurga dan menghapuskan satu kesalahan daripadanya"

Jadi melalui penglupasan hadis tersebut, kita boleh naikkan darjat kita di syurga dengan memperbanyakkan solat-solat sunat sehingga kita dapat mendampingi Nabi di syurga kelak, InsyaAllah.

Ada satu riwayat, dari Rabiah bin Ka'ab Al-Aslami, beliau pernah tidur dirumah Rasulullah s.a.w ,dimana beliau menyediakan air wuduk dan kepentingan lain untuk baginda, maka baginda berkata kepada Rabiah,"Mintalah apa yang kamu mahu".
Rabiah menjawab bahawa beliau ingin menerimani Rasulullah s.a.w di syurga kelak maka jawab Rasulullah s.a.w "kalau begitu tolonglah aku untuk dirimu untuk memperbanyakkan sujud kepada Allah".



Next topic untuk renungan bersama...Kelebihan istighfar.

Tajuk ni teringat pulak lagu Wali Band, taubat maksiat. "cepat ucap Astaghfirullahal azim..."

Rasulullah s.a.w bersabda," beruntunglah orang yang menjumpai catatan amalnya nanti banyak istighfar".
Dan satu lagi sabda baginda," Sesiapa yang ingan digembirakan oleh catatan amalnya, maka hendaklah dia memperbanyakkan beristighfar dalam kitab catatan itu".

Istighfar bukan hanya amat diperlukan untuk menghapus dosa, akan tetapi dikira juga sebagai zikir. Perbanyakkanlah istighfar supaya kita termasuk orang-orang yang bergembira di padang masyar kelak.

Rasulullah s.a.w sendiri seperti yang disebutkan dalam hadis, tidak kurang dari 70 kali sehari beristighfar sedangkan baginda adalah maksum dan terpelihara dari dosa.
Bagaimana pula dengan kita yang terdedah dengan dosa setiap hari...

Sebenarnya, syaitan sangat kecewa dan misinya incomplete bila kita selalu istighfar, dengan syarat, bukan kita sekadar membaca, tetapi meresapi istighfar itu, sungguh-sungguh meminta ampun dari Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya syaitan berkata, " Demi kemuliaanMu wahai Tuhanku, aku akan terus menggoda hamba-Mu selama roh mereka masih ada dalam tubuh mereka." Allah SWT menjawab , "Demi kemuliaanKu, Aku akan terus mengampuni dosa mereka selama mereka mengucap istighfar kepada-KU".

Jadi, marilah kita semua tak luput istighfar dari mulut dan hati kita...InsyaAllah...


Monday, November 22, 2010

selemah-lemah iman..

Bila kadang-kadang diri kita hanyut dengan dunia, pastikan setidak-tidaknya ada perasaan risau dengan kesalahan yang dibuat. Ini kerana kerisauan dan perasaan takut adalah selemah-lemah iman, dan menunjukkan kita masih punya iman.

Oleh itu, usaha lah memperbaiki kesilapan kita itu. Sama-sama jugak kita iringi dengan doa. Sama jugak kalau kita rasa tak mampu tegur orang lain yang membuat kezaliman, selemah-lemah iman kita dapat menegur dengan hati yakni berdoa untuknya.


Ada satu doa yang terkandung dalam Al-Quran dalam surah Al-A`raaf , ayat 23,bagi kita meminta ampun dan semoga Allah memberi rahmat kepada kita. Rasanya masa SPM dulu pun ni doa yang wajib dihafal kot.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

"Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".

Bittaufiq wannajah for all SPM candidates :)

Usaha, doa dan tawakal adalah ramuan paling sempurna.


Wednesday, November 17, 2010

salam `idil adha..

Hari Raya Qurban kali ni aku sambut bukan lagi sebagai student. Sungguh lain rasanya, takut orang lain bertanya, nak kerja pe ni..haha..pe la aku nak jawab..

Alhamdulillah final exam berlalu dengan lancar, walaupun soalan memang tak lancar..huk.
Hope me and all my friend have good result for this final semester.

Berbalik kepada sambutan raya qurban kali ni, sambil memuhasabah diri...membayangkan masa depan, banyak lagi pengorbanan yang perlu dilakukan. Moga Allah sentiasa memberi pertolongan kepada kita hamba yang amat lemah ini.

err..kali ni takde pulak sembelih lembu kat masjid kampung aku. Last time kecik-kecik je aku pergi tengok. Jangan kita taktau, tengok lembu kena sembelih pun dapat pahala ok. Lembu- lembu pun gembira nak dijadikan qurban. Teringat video kat FB yang dorang mesin lembu, kambing, khinzir, dan kuda dalam satu mesin pengisar...cis, cis dan cis! Harap- harap bukan daging-daging tu yang di import kita...

Ok, salam `idil adha....

Thursday, November 4, 2010

its hurt but very lovely

Penyataan di atas merujuk kepada sabar...:).hehee.
setelah agak lama aku tak menulis atas kesibukan jadual final exam aku, macam-macam hal jugak berlaku sepanjang lebih dua minggu ni..Kita dapat dengar dua bencana berlaku serentak kat jiran kita ,indon. Sangat menyedihkan melihat dugaan yang timpa mereka.
Tup2..3,4 ari lepas, hujan dengan lebatnya jadi kat tempat aku menuntut ilmu ni, arau.
Banjir, kedai runcit diserbu, kedai makan banyak tutup, kehabisan minyak, terkepung tak bleh p memana, dan air takde, membuat kan aku dengan rakan- rakan yang lain ketensionan. huh. buruk nya kosa kata. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan negara kita , ujian terhadap kita ni bagai di gigit nyamuk bagi mereka....kan..dengan itu, jom la kita sama-sama bersabar menempuh dugaan dari Allah ni...bersyukur kita masih mampu pi amik exam..ini adalah ujian di hari-hari terakhir aku dan rakan-rakan BaCC aku kat arau.
InsyaAllah kita akan tersenyum mengenangkan kenangan-kenangan ini di masa depan kelak.
Sabar, its may hurt but very lovely. :)

Tuesday, October 19, 2010

final exam

alhamdulillah....aku bakal menduduki peperiksaan akhir dalam masa beberapa hari lagi...harap-harap dengan keizinanNya dapat lulus semua dengan baik. aku jugak mendoakan sekalian rakan-rakanku turut berjaya jua. tahun depan grad sama- sama wei....:)

dalam masing-masing sibuk mempersiapkan diri..aku nak ingatkan diri dan kita semua agar jangan lupa bahawa setiap usaha dan kejayaan yang datang hadir dari Allah jua...

jesteru meh la kita amal surah-surah pendek, doa penerang hati,amalkan membaca bismillah, ayatul kursi dan ayat seribu dinar sebelum start menulis.

nak kongsi sikit kelebihan ayat seribu dinar...

kita tengok dulu maksud ayat tersebut yang mana terdapat dalam surah al- Talaaq ayat 2 dan 3.

{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

KELEBIHANNYA:

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan


So, bila kita blur time exam, sila la amalkan. :).

ini atas nasihat salah seorang pensyarah aku jugak.hehe


bit taufiq wannajah semua.....:)


Friday, October 8, 2010

we belong to Allah

bila setiap insan yang kita sayang sorang-sorang dipanggil kembali, ingatlah, disisi kita tetap ada Allah...dan disisi mereka di doa ada Allah bersama..

bila sorang demi sorang mula bosan dengan kita sebab kita tidak mengikuti peredaran dunia yang sementara ni..ingatlah, kita masih ada Allah..tuan punya dunia..

bila dunia mula menjauhi kita kerna selalu kita terbayangkan akhirat, tiada apa yang perlu kita sedihkan...

tapi sedihlah jika akhirat yang menjauhi kita kerna asyik merasa enaknya dunia...

sedihlah jika kita selalu bersama dalam golongan yang terpancar di mata hanya dunia...

teringat satu cerita, nabi berpesan jika kita dekat dengan penjual arang, maka berbau aranglah kita...dan jika dekat dengan penjual minyak wangi..maka wangi lah kita.

harap kita semua berada dalam redha Ilahi..
Amat takut memikirkan usia dunia yang sudah terlalu tua..tapi kita sering `memudakannya`...