Wednesday, October 12, 2011

catatan in advance perihal anak

catatan kali ini adalah in advance sedikit kerana jangankan anak, kawen pun aku belum. Masih ulasan tentang buku Bercinta Sampai Syurga, barangkali ayat lagi tepat adalah cedokan dari buku tersebut.

Alkisahnya Ustaz yang berilmu bab agama ni, juga kena jumpa pakar psikiatri, jangan salah paham, beliau bukan mental distabiliztion (aku reka perkataan ni, wujud kah?) tetapi berkenaan penjagaan anak-anak beliau.

Disini aku tertarik dengan nasihat Doktor psikiatri kepada Ustaz. Ini jugak lebih kurang macam logik akal tapi kena berfikir sedikit dalam untuk mendapatkan logika ini. Wah bahasa..

Alkisahnya lagi sekali, aku rasa ni masalah yang dihadapi ramai ibubapa, di mana anak-anak kengkadang tu buat perangai, naik marah, merengek. Sebabnya macam ni, sebagai ibu bapa, ramai yang membiarkan anak-anak bermain bersendirian di kala anak-anak baik-baik saja, tidak buat perangai. Dan parent hanya datang mendapatkan anak-anak apabila mereka menangis atau bergaduh sesama sendiri. Ini menyebabkan mentataliti anak-anak meng'set'kan bahawa parent hanya akan datang bermain , join bersama apabila si anak buat perangai.

Jadi,jalan yang paling tepat adalah,tegur, join dan bersama mereka dikala mereka 'baik-baik' dan tidak buat hal. Manakala apabila mereka buat hal,sila 'pause' seketika untuk campurtangan. Biarkan dahulu, ini akan membuatkan anak meng'reverse' kan 'set' pertama yang aku cakap tadi...


Anyway, is this are really in advance?huhu

No comments:

Post a Comment