Friday, December 24, 2010
Penyakit vs. Ubat
Alkisahnya...............
Suatu hari Nabi Musa terkena sejenis penyakit. Apabila kaum Bani Israel mengetahuinya, mereka segera menemui Nabi Musa untuk membantu merawat baginda menggunakan sejenis tumbuhan.
“Kalau berubat dengan ubat yang kami bawa ini nescaya kamu akan sembuh!” kata kaumnya.Penyakit tersebut pernah menimpa kaum Bani Israel sebelum itu tetapi apabila diubati dengan tumbuhan tersebut terus sembuh. Namun ,permintaan Bani Israel itu ditolak Nabi Musa.
“Aku tidak akan berubat sehinggalah aku disembuhkan oleh Allah tanpa menggunakan ubat!”
Setelah gagal memujuk, kaunm Bani Israel meninggalkan Nabi Musa sendirian. Setelah beberapa lama, penyakit yang dihidapi Nabi Musa tidak sembuh-sembuh.
Nabi Musa tetap bertawakal kepada Allah menyembuhkan penyakitnya. Ketika Nabi Musa sedang bermunajat, Allah berfirman: “ Wahai Musa, demi kemulian-Ku dan keagungan-Ku , Aku tidak akan menyembuhkan penyakit kamu sebelum kamu berubat dengan ubat yang mereka sebutkan kepadamu!”
Selepas mendapat wahyu itu, Nabi Musa lantas meminta kaumnya segera mengubatinya dengan tumbuhan tersebut. Dengan izin Allah, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa. Bila sembuh, Nabi Misa kurang senang kerana tumbuhan itu menyembuhkan penyakitnya.
Allah berfirman lagi: “Wahai Musa, apakah kamu mengkehendaki Aku batalkan hikmah-Ku dengan tawakalnya engkau kepada-Ku! Tidakkah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuh-tumbuhan itu untuk memberi manfaat kepada sesuatu. Bukankah Aku yang menjadikannya?”
Nabi Musa berasa malu apabila mendengar firman Allah itu. Fahamlah baginda, bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya, kecuali mati!
...USAHA...TAWAKAL...DOA...
Jikalau kita jatuh sakit..kemudian kita mkn ubat..Niatlah di dalam hati bahawasanya Allah la jua yg memberi nikmat sihat kepada kita kelak..janganlah duduk saja tanpa buat apa2 dan jgn berharap semata-mata ubat itu yg menyembuhkan kita ..ubat itu sebagai usaha kita..kemudian tawakallah kepada Allah..berdoalah agar Dia memberi nikmat sihat kepada kita kembali...
selawat......=)
Tuesday, December 21, 2010
yang ngeri...yang berseri...
Salah satu hukuman di neraka kelak adalah ahli neraka diberi minuman, yang mana cairan hamim akan dituang ke kepala mereka, maka melelehlah dalam mulutnya dan masuk dalam perutnya, maka hancurlah isi perut, dan hamim terus merembes dan menghancurkan kakinya, dan ispun diutuhkan kembali seperti semula dan dituangkan kembali untuk kali berikutnya.
(Dari riwayat Tirmidzi)
Ya Allah...pasti sangat sakit tak terhingga.Nauzublillah.
itu lah yang ngeri..
yang berseri...di syurga
Dalam satu riwayat Bukhari dan Muslim , dimana Abu Hurairah berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda,
Sesungguhnya golongan pertama yang memasuki syurga adalah berwajah bagai bulan purnama yang diikuti pula oleh golongan lain yang berwajah terang bagaikan bintang dimalam hari. Mereka didalam syurga tidak lagi membuang kotoran besar atau kecil, tidak berhingus, tidak berkahak, sikat mereka diperbuat daripada emas, mulut mereka berbau harum, kelengkapan mereka terdiri daripada kayu yang sangat harum, isteri mereka terdiri daripada bidadari yang bermata jeli, budi pekerti mereka sangatlah mulia, bentuk tubuh mereka menyerupai tubuh Nabi Adam a.s iaitu setinggi enam puluh hasta.
Sangat indah kan...Subhanallah...ini baru sikit saja kenikmatan syurga yang aku dapat tulis...
itu lah yang berseri......
Saturday, December 11, 2010
kekayaan sebenar

Wednesday, December 8, 2010
Penulisan secara pukal 2
بِسْمِ اللهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
“Dengan nama Allah (aku keluar). Aku
bertawakkal kepada-Nya, dan tiada daya dan
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.
Agar Allah memelihara kita kerana dunia luar sekarang penuh dengan anasir yang tidak disangka.
3) Kelebihan surah al-Ikhlas
Rasulullah s.a.w bersabda, "sesiapa yang membaca Qul huallahu ahad, maka Allah membangunkan sebuah rumah baginya di syurga."
Rumah kat syurga kita tak boleh bayangkan keindahannya. Jadi, mari kita harap dapat rumah kat sana.
Dan satu lagi menurut riwayat, Nabi jugak mengatakan membaca surah ini sebelum tidur sebanyak tiga kali sudah menyamai kita memkhatamkan seluruh al- Quran. Subhanallah.
4) Supaya didoakan Malaikat.
Mengikut satu hadis nabi,selepas kita bersolat, tetaplah di tempat duduk kita beberapa ketika, berzikir dan berdoa, sedangkan kita hanya duduk pun Malaikat akan berdoa kepada Allah, "Ya Allah ampunilah dia, Ya Allah rahmatulah dia". Sedang Malaikat itu makhluk yang sangat suci dan doanya sangat makbul. Jadi mari kita panjangkan waktu duduk selepas solat kita.
Perbuatan yang sangat ringan itu pun ada kelebihannya..lihatlah...betapa Allah sayangkan kita....