Sunday, June 12, 2011

JIKA ANDA RASA SIAPA PUN TIDAK MAHU MENIKAHI ANDA….

Kalau la ada antara kita merasakan perasaan seperti diatas, meh kita layan satu cerita salah sorang sahabat Rasulullah s.a.w, Julaibib. Julaibib ni dia sorang fakir miskin dan tak ada sanak saudara yang dikenalnya. Fizikal dia kurus, dan sama sekali tak ada satu yang indah di pandang bila melihat tubuhnya. Tak ada harta, tak ada jawatan.

One day, cewah English tu, dia datang bertemu Rasulullah s.a.w dengan pakaian yang lusuh, perut pulak kosong dan wajah yang kusam. Rasulullah s.a.w berkata padanya, “wahai Julaibib, apakah engkau tidak mahu menikah?” Julaibib menjawab “ Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah yang hendak bernikah dengan ku yang tidak memiliki keindahan dan juga harta yang kumiliki?”

Dan Rasulullah insan agung ada cara penyelesaian, kata baginda kepada Julaibib “ Pergilah ke rumah si Fulan dari golongan Ansar dan katakan kepada mereka Rasulullah s.a.w menitip salam kepada kalian, kemudian katakanlah kepada mereka “nikahkanlah aku dengan puteri kalian”.

Kemudian Julaibib pun pergi la menjalankan apa yang diperintah Rasulullah. Sampainya dia kat rumah tersebut. Dipendekkan cerita, dalam rumah tu ada la sorang puteri, akan tetapi, ibubapanya enggan menikahkan dengan Julaibib kerana mengetahui Julaibib ni sorang fakir.

Tapi, sang anak perempuan itu sorang yang solehah, berkata kepada orang tuanya, “apakah kalian akan menolak perintah Rasulullah s.a.w ? Demi Allah, jangan!”

At the end of the day, oh berbahasa English lagi, mereka sepakat untuk menerima pinangan Julaibib dan Julaibib pun akhirnya bernikah dengan puteri orang ansar ni.

Lepas tu bunga-bunga cinta pun mekar…membangun sebuah mahligai rumahtangga yang didasari oleh kebaikan.

Mereka pun hidup bahagia dan dikurniakan beberapa anak yang telah dicatat sejarah sebagai ulama` dan da`i yang mengajak kepada kebenaran dan kebaikan.

Okey, cerita dah nak abis, dalam satu perang yang dipimpim Rasulullah s.a.w, Julaibib pun syahid dimedan perang. Rasulullah pergi mendapatkan Julaibib yang telah gugur, menyapu debu di wajah Julaibib dan mencium wajahnya saraya menangis dan berkata, “ engkau bahagian dariku dan aku bahagian darimu” ( Riwayat Muslim)

Berbahagialah bagi Julaibib, berbahagialah bagi para mujahid, berbahagialah bagi yang ikhlas dan berbahagialah bagi yang berjalan di jalan Allah s.w.t..

Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w beserta sahabat dan keluarga baginda.

No comments:

Post a Comment