Thursday, April 22, 2010

baru aku tahu....

Buku jalan menuju syurga firdaus volume kelima memberi banyak manfaat.
Aku catitkan disini beberapa nota penting untuk aku ingat,sampai akhir hayat.
 Nabi bersabda `kepuasan hati ku terpacai apabila solat`. Usahalah sampai merasa manisnya ibadah….

 Aku tidak tahu selama ini bahawa Iftitah didalam solat itu membuka pintu langit.

 Aku baru tahu lagi, membaca doa selepas rukuk itu,tatkala itu para malaikat, lebih dari 30 malaikat berebut2 untuk mencatat kebaikan itu.

 Sabda nabi, alangkah ruginya jika didalam hati seseorang itu tiada kasih sayang…
Maknanya..kena ada kasih sayang sesama Muslim…pada binatang jua tumbuh- tumbuhan.

moh bersolat

Baca artikel pasal solat baru2 ni…katanya celakalah siapa yang solat dan memikirkan hal keduniaan di waktu dia sedang solat……dalam kebanyakan solat,aku masih lalai…gentar aku baca.
Panduan khusyuk…amatlah penting untuk insan2 lemah seperti aku mengamalkannya. Yang aku ingat adalah seperti berikut..

1)Kena fikirkan seolah2 ini adalah solat terakhir dalam hidup aku…
2)Bayangkan Allah begitu hampir dengan aku,seolah2 hampir urat leher aku…
3)Bayangkan lagi syurga disebelah kanan, neraka disebelah kiri dan malaikat maut di belakang aku..
4)Of course…bacaan…baca dengan tertib..sabar..tahu makna2 dalam bacaan…

1st post

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.......
Mari berkongsi ilmu...=)